PORT DICKSON: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dalam kejadian letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di sebuah hotel di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, kejadian berlaku di bahagian bumbung tempat letak kenderaan hotel terbabit.
Kedua-dua mangsa adalah pekerja syarikat pemasangan bunga api.
Mereka ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam ambang tahun baharu 2024 di hotel berkenaan.
“Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mereka ditugaskan memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam ambang tahun baharu 2024.
“Ekoran kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia.
“Manakala seorang lagi berusia 39 tahun dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan akibat terkena serpihan bahan bunga api yang meletup.”

Aidi Sham menggesa orang awam agar tidak menularkan isu ini kerana tindakan itu boleh mengganggu siasatan polis.
“Kejadian masih dalam siasatan polis dan diharapkan orang ramai tidak memainkan isu atau menyebabkan salah faham masyarakat.
“Kes sedang disiasat dan diklasifikasikan sebagi mati mengejut,” kata Aidi Sham.
Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan rakaman imej dan video kejadian letupan bunga api di hotel berkenaan.