23.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaBerita UtamaPasaran buruh di Malaysia tidak memberi gaji sewajarnya

Pasaran buruh di Malaysia tidak memberi gaji sewajarnya

KUALA LUMPUR: Pasaran buruh di Malaysia tidak memberi nilai dan gaji sewajarnya menurut Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berkata, perkara itulah yang menjadi punca gaji diterima adalah rendah.

Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran semakin meningkat.

Berbanding 1.17 juta pada 2016, 2.02 juta pekerja pada 2022 tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka.

“Kertas putih Dasar Gaji Progresif juga melaporkan pada 2022, hanya 83,070 pekerjaan berkemahiran (48,600 jawatan kosong dan 34,470 pengwujudan pekerjaan baharu) yang wujud untuk diisi oleh 282,038 graduan yang dihasilkan.

“Hampir 200,000 lebih rendah daripada bilangan graduan yang dihasilkan.

“Ekonomi kita tidak mencipta kerja yang memerlukan kemahiran atau produktiviti yang mencukupi.

“Benar, kita ada ruang untuk meningkatkan lagi produktiviti graduan yang dihasilkan.

“Persoalannya, adakah dengan kemahiran dan produktiviti yang lebih tinggi hasil daripada Dasar Gaji Progresif menyaksikan majikan bersedia membayar mereka gaji yang lebih tinggi?

“Atau kerajaan yang bakal menanggung kenaikan ini? Sampai bila?

“Patutkah dana awam digunakan sebagai subsidi untuk majikan membayar gaji pekerja?

“Ekonomi tidak berada dalam krisis seperti era pandemink COVID-19.” katanya dalam satu komentar di Facebook.

Facebook

Ujar Prof. Noor Azlan lagi, aktiviti ekonomi negara hari ini tidak mencipta pekerjaan yang memerlukan pekerja berkemahiran.

Katanya, persoalan yang timbul sama ada aktiviti ekonomi negara masih pada takuk lama dengan permasalahan struktur perlu ditangani, selain kualiti majikan.

“Saya berpandangan bahawa di samping projek rintis Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan, Kementerian Ekonomi dan semua institusi awam yang berkaitan serta semua kepakaran terus menganalisis dan mengadakan perbincangan yang rapi, apakah punca gaji pekerja yang rendah.

“Apakah langkah lain yang boleh dilaksanakan bgi menangani masalah gaji rendah ini.

“Apa pun, terima kasih keada Menteri, Rafizi Ramli dan kepimpinan Kementerian Ekonomi yang mengangkat perkara yang pokok dalam pasaran buruh ini untuk perbincangan kita.

“Reformasi pasaran buruh sememangnya amat diperlukan,” katanya.

Noor Azlan pada dasarnya bersetuju kerajaan melaksanakan reformasi pasaran buruh.

“Mesti difahami apa permasalahan yang dihadapi, puncanya dan perlu sejajar dengan dasar makro yang lain sebelum ia diterima sebagai satu dasar baharu.

“Saya meneliti Bab 1 Kertas Putih Dasar Gaji Progressif yang menjelaskan status penggajian dan pasaran buruh di negara kita.

“Fakta ini seharusnya menjuruskan kepada Dasar Gaji Progresif sebagai penyelesaian kepada gaji yang rendah.

“Hati-hati dalam membandingkan penengah gaji bulanan pekerja dengan penengah pendapatan isi rumah,” katanya.

Ternyata seramai lebih tiga juta pekerja menerima gaji kurang daripada penengah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM2,589.

Namun dua angka ekonomi itu tidak boleh dibanding secara langsung.

“PGK merujuk kepada ‘pendapatan isi rumah’, lebih luas takrifannya (merangkumi pendapatan daripada gaji, daripada bekerja sendiri, daripada harta dan pelaburan dan juga daripada pindahan yang diterima) serta merujuk kepada sebuah isi rumah (3.8 orang) bukannya seorang pekerja.

Facebook

“Dengan gaji penengah 2022 sebanyak RM2,424 sangat jelas herotan berlaku kepada kumpulan berpendapatan sederhana-rendah ke bawah atau separa mahir dan tidak mahir.

“Berbanding dengan kumpulan mahir, gaji mereka naik dengan kadar yang perlahan, seolah malar.

“Fokus Dasar Gaji Progresif mesti kepada kumpulan ini,” kata Noor Azlan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI