25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaZoo Negara dilanda banjir kilat, kerugian dianggar lebih RM300,000

Zoo Negara dilanda banjir kilat, kerugian dianggar lebih RM300,000

Zoo Negara menanggung kerugian lebih RM300,000 ekoran kejadian banjir kilat yang melanda Lembah Klang pada 18 Oktober lalu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana berkata, antara kerosakan yang memerlukan kos besar untuk dibaiki adalah kemudahan seperti jambatan pecah dan peralatan pejabat termasuk komputer.

Tangkap layar TikTok

“Kita juga memerlukan kos untuk membersihkan karpet. Anggaran bawah RM500,000. Punca air naik di kawasan Zoo Negara adalah disebabkan limpahan dari Sungai Kemensah yang tidak dapat menampung walaupun sungai tersebut sudah diperbesarkan.

“Zoo Negara tidak boleh buat apa-apa. Yang penting adalah pelan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Mereka yang membesarkan sungai,” katanya menurut laporan Kosmo!

Menurut Rosly, pihak JPS telah hadir ke Zoo Negara semalam bagi melihat situasi yang berlaku.

“Tanggungjawab Zoo Negara adalah untuk menyelamatkan pengunjung dan haiwan di sini. Itu sahaja yang boleh kami lakukan,” katanya.

Zoo Negara Malaysia / Facebook

Tambahnya, idea memindahkan Zoo Negara ke tempat lain bukanlah mudah yang disangka kerana ia bukan hanya melibatkan tapak semata-mata.

“Sebelum ini kita tidak bersedia, jadi agak kelam kabut. Tetapi sekarang perkara itu sudah biasa, jika berlaku banjir kilat, kita bersedia untuk menyelamatkan haiwan,” katanya.

Tambahnya, Zoo Negara hari ini telah mengadakan mesyuarat bagi mewujudkan kenderaan untuk menyelamatkan pengunjung sekiranya berlaku bencana.

“Kami sedang memikirkan kaedah untuk mendapatkan kenderaan membantu pengunjung apabila hujan. Bila mereka tidak boleh berjalan dalam hujan. Dalam mesyuarat kita fikir untuk mencari kenderaan bagi memudahkan mereka.

Zoo Negara Malaysia / Facebook

“Kalau haiwan pula, orang luar tidak boleh tangkap. Jadi, kakitangan kami perlu sentiasa bersedia untuk menyelamatkan haiwan. Setakat ini, tiada kematian haiwan dilaporkan,” katanya.

Seramai 50 orang pengunjung memaklumkan terperangkap semasa banjir kilat melanda Zoo Negara pada hari kejadian namun mereka telah diselamatkan oleh petugas menaiki lori dan traktor.

Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam 18 Oktober dengan bantuan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Zoo Negara dibuka semula pada 19 Oktober lalu dan telah beroperasi seperti biasa.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI