34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalLegenda bola sepak Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun

Legenda bola sepak Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun

Ikon bola sepak Brazil Pele, pemenang Piala Dunia tiga kali yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Sao Paulo, Brazil.

Hospital Albert Einstein dalam satu kenyataan pada Khamis 29 Disember memaklumkan Pele meninggal dunia disebabkan oleh kegagalan pelbagai organ selepas bertarung lama dengan kanser kolon.

Perkara itu turut disahkan oleh anak perempuan Pele, Kelly Nascimento di Instagram.

Twitter

Dunia bola sepak – daripada bekas rakan sepasukannya kepada bintang semasa – bersatu untuk menghormati “O Rei” (The King), yang mengubah sukan itu semasa karier bola sepak profesional yang panjang bermula sejak mendiang masih remaja.

Bintang Brazil, Neymar berkata Pele “menukar bola sepak menjadi seni”, Kylian Mbappe dari Perancis berkata warisannya “tidak akan dilupakan”, dan Cristiano Ronaldo dari Portugal menggelarnya sebagai “inspirasi kepada jutaan orang.”

Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia Lionel Messi hanya menulis: “Bersemadi dengan aman.”

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dalam ciapan di Twitter, “Terima kasih, Pele.”

Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia iaitu pada 1958, 1962, dan 1970.

Pele mencipta rekod dunia dengan menjaringkan 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan sepanjang kariernya selama 21 tahun.

Mendiang Pele berada dalam keadaan kesihatan yang semakin rapuh, bertarung dengan masalah buah pinggang dan kanser kolon telah menjalani pembedahan yang terakhir pada September 2021, diikuti dengan rawatan kemoterapi.

Pengebumian akan diadakan pada hari Selasa 2 Januari 2023 di Santos, bandar asal dan pertama Pele bermain sehingga di sepanjang kariernya, kata bekas kelabnya.

Bandar itu juga mengisytiharkan tujuh hari berkabung rasmi, ketika peminat berpusu-pusu ke stadium pasukan untuk meninggalkan bunga dan memberi penghormatan terakhir.

Tokoh antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan bekas Presiden Barack Obama, legenda muzik Brazil Caetano Veloso dan Gilberto Gil, serta ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach turut memberi penghormatan terakhir.

“Sebagai salah seorang atlet yang paling dikenali di dunia, mendiang memahami kuasa sukan untuk menyatukan orang ramai,” tulis Obama.

Gambar Keystone

‘Bola sepak Samba’

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes, Edson Arantes do Nascimento – dinamakan sempena pencipta terkenal Amerika Syarikat Thomas Edison – membesar dengan menjual kacang di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.

Diberi nama panggilan Pele, kerana salah sebutan Bile, nama penjaga gol di Vasco de Sao Lourenco, tempat bapanya sebagai pemain bola sepak pernah bermain.

Pele mempesonakan sejak berusia 15 tahun, apabila beliau mula bermain secara profesional bersama Santos. Pele mengetuai kelab itu memenangi pelbagai gelaran, termasuk Piala Intercontinental berturut-turut pada 1962-1963.

Pemain yang melambangkan gaya permainan hebat pasukan kebangsaan Brazil yang dipanggil “bola sepak samba.”

Pele mencipta rekod jaringan semasa bermain untuk Santos (1956-74), pasukan kebangsaan Brazil, dan New York Cosmos (1975-77).

Walau bagaimanapun, di sebalik mercu tandanya, Pele akan diingati kerana merevolusikan sukan itu, nombor 10 yang sentiasa ada di belakangnya sambil menceburi karier bola sepak walaupun susuk tubuhnya agak kecil iaitu 170cm.

Bintang bola sepak global pertama yang memainkan peranan utama dalam menjadikan bola sepak itu sebagai kuasa sukan dan komersial.

Pele juga bermain dengan hati, boleh dilihat dalam rakaman hitam putih ikonik pemain berusia 17 tahun itu menangis selepas membantu Brazil merangkul kejuaraan Piala Dunia pertamanya, pada 1958.

Lapan tahun sebelum itu, melihat bapanya menangis apabila Brazil tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia 1950 di tanah air kepada Uruguay, Pele telah berjanji untuk membawa pulang trofi itu suatu hari nanti.

Gambar AFP/Getty Images

Royalti sukan

Pele mencapai kemuncak kehebatannya pada Piala Dunia 1970 di Mexico, siaran langsung pertama dalam warna, di mana beliau menjadi bintang dengan apa yang diperkatakan ramai sebagai pasukan terhebat sepanjang zaman, dengan bakat seperti Rivellino, Tostao, dan Jairzinho.

Pele sering disambut seperti diraja apabila melancong ke luar negara bersama Santos atau pasukan kebangsaan. Legenda mengatakan pada tahun 1969 ketibaannya di Nigeria mendorong gencatan senjata selama 48 jam dalam perang Biafra yang berdarah.

Pele menolak tawaran untuk bermain di Eropah, tetapi menandatangani kontrak ringkas dan menguntungkan dengan New York Cosmos pada penghujung kerjayanya, membawa kuasa bintangnya ke tanah “bola sepak”.

Kuasa bintangnya melangkaui padang bola sepak, sebagai bintang filem, penyanyi, dan kemudian menteri sukan (1995-1998) – dan Pele adalah salah seorang ahli kabinet kulit hitam pertama di Brazil.

Walau bagaimanapun, mendiang pernah berhadapan kritikan di Brazil kerana berdiam diri dalam isu sosial dan perkauman, dan untuk apa yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai keperibadiannya yang angkuh dan sia-sia.

Tidak seperti pemberontak Argentina Diego Maradona, salah seorang pesaingnya untuk gelaran pemain terhebat sepanjang zaman, Pele dilihat hampir dengan mereka yang berkuasa – termasuk rejim tentera Brazil 1964-1985.

Gambar Getty Images

‘Abadi, tidak dapat dilupakan’

Kesihatan Pele mula merosot dalam dekad yang lalu. Penampilannya di khalayak ramai semakin jarang berlaku, dan beliau kerap menggunakan tongkat empat kaki atau kerusi roda.

Pele dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana jangkitan kencing, kemudian sekali lagi pada 2021 dan 2022 akibat kanser kolon yang menandakan permulaan akhir.

Pele tabah berhadapan dengan masalah kesihatannya sambil menganggapnya sebagai jenaka biasa.

“Saya akan menghadapi perlawanan ini dengan senyuman di wajah,” tulisnya di Instagram pada September 2021, selepas menjalani pembedahan membuang tumor di kolonnya.

Mario Zagallo, yang memenangi Piala Dunia bersama Pele pada 1958 dan 1962, berkata beliau telah “menghentikan dunia beberapa kali” dengan bakatnya yang menggerunkan.

Legenda olahraga Usain Bolt berkata: “Seorang legenda sukan. Bersemadilah, Raja Pele.”

Gambar AFP/Getty Images

“Saya mempunyai begitu banyak kenangan tentang Pele, tanpa ragu-ragu pemain bola sepak terbaik yang pernah saya bertarung (dengan Bobby Moore adalah pemain bola sepak terbaik yang pernah saya mainkan bersama). Bagi saya Pele kekal yang terhebat sepanjang zaman dan saya bangga berada di atas padang bersamanya. Bersemadi dengan aman, Pele – dan terima kasih,” kata pemenang Piala Dunia England 1966 Geoff Hurst.

“Dunia bersedih dengan pemergian pemain bola sepak terhebat dalam sejarah dan personaliti yang hebat. Beliau meraikan permainan yang tiada tandingan,” luahan kata-kata penghormatan daripada bekas presiden FIFA, Sepp Blatter.

Presiden FIFA Gianni Infantino menambah, “Pele mempunyai daya tarikan magnet dan apabila anda bersamanya, seluruh dunia berhenti.”

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI