30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaBagai dipukau oleh pendandan, kucing garang bertukar menjadi tenang

Bagai dipukau oleh pendandan, kucing garang bertukar menjadi tenang

Bagai dipukau oleh pendandan, kucing garang bertukar menjadi tenang. Begitulah yang berlaku terhadap Eva, kucing peliharaan sepasang suami isteri selepas dihantar ke Kaka Cat House yang terletak di Bertam, Pulau Pinang.

Anas Mursyidi Abu Mansor, 34, pengasas Kaka Cat House menerusi video yang dimuat naik di TikTok berkata, pada mulanya dia tidak tahu mengapa pemilik Eva sanggup bersusah payah datang dari Damansara ke kedainya semata-mata untuk mendandan Eva.

TikTok

Namun, sebaik sahaja mula menguruskan Eva, Anas mulai faham mengapa pemilik Eva begitu nekad dan sanggup datang sejauh itu.

TikTok

Eva merupakan kucing garang yang bukan sahaja tidak mahu disentuh, mendekatinya sahaja pun telah membuatkan si bulu itu bertindak garang. Bukan itu sahaja, malah menurut mereka, Eva pernah menampar ibunya sendiri.

Anas cuba menyentuh Eva dengan lembut, namun Eva membalas dengan beberapa percubaan ganas seperti menggigit tangan Anas. Mujurlah Anas sudah memakai sarung tangan hingga ke siku, jika tidak pasti sudah berdarah tangannya itu.

TikTok

Sebagai seorang pendandan kucing profesional, Anas mempunyai cara tersendiri untuk mengendali situasi tersebut. Dia memegang Eva dari belakang dan mula bercakap dengan Eva.

TikTok

Selepas yakin Eva tidak lagi bertindak agresif, Anas menanggalkan sarung tangannya. Kemudian dia mengendong Eva dalam dakapannya.

Sungguh mengejutkan kerana Eva kelihatan begitu tenang dan tidak mengamuk seperti yang berlaku pada awal pertemuan.

Selepas itu, Anas memandikan Eva. Eva sedikit pun tidak melawan malah kucing garang itu seakan begitu selesa dengan layanan yang ditunjukkan oleh Anas terhadapnya.

TikTok

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Anas untuk membersihkan dan seterusnya mendandan Eva. Sesekali Anas akan mengucup mesra Eva. Anas juga kelihatan begitu sayangkan Eva dan mungkin disebabkan itu Eva begitu selesa dengannya.

TikTok

Selepas selesai didandan, Eva bukan lagi seekor kucing garang. Walaupun raut wajahnya masih kelihatan bengis, namun Eva kelihatan lebih tenang dan tidak lagi sebuas dahulu.

TikTok

Video yang dikongsi oleh Anas tersebut telah mendapat lebih 5 juta tontonan. Masing-masing sangat teruja dan terpegun dengan kebolehan Anas menundukkan kucing garang tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh media berita tempatan, Anas berkata ramai yang tersalah anggap bahawa pihaknya menyediakan perkhidmatan menjinakkan kucing agresif. Sedangkan Kaka Cat House hanya fokus kepada proses mendandan dan penyediaan hotel kucing.

Menurut Anas, setiap kucing yang dihantar ke tempatnya mempunyai karakter yang berbeza. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan pada pendandan atau kucing atau trauma kepada kucing, kucing-kucing yang agresif akan dijinakkan terlebih dahulu. Selepas itu barulah proses dandanan dijalankan.

Kata Anas, sepanjang terbabit dalam bidang dandanan kucing ini, paling lama masa yang diambil untuk mendandan seekor kucing ialah selama sembilan jam. Ini kerana dia perlu menangani kucing yang agresif. Tangan cedera dicakar dan digigit bukanlah perkara asing baginya.

Katanya lagi, pendandan perlu mengenal pasti jenis ‘keagresifan’ kucing bagi memudahkan proses menenangkan haiwan tersebut.

Antara teknik yang digunakan untuk mengawal kucing ialah pengendali berada di belakang kucing, teknik kerdipan mata dan menguap, teknik bisikan kucing dan penyelarasan degupan jantung. Teknik-teknik ini penting untuk memberitahu kucing bahawa pendandan atau orang yang menguruskannya bukanlah ancaman kepadanya.

Walau bagaimanapun, Anas menegaskan biarpun kucing garang berjaya ditenangkan selepas didandan, itu tidak bermakna kucing tersebut akan berterusan begitu. Semuanya bergantung kepada pemilik haiwan itu sendiri tentang bagaimana mereka melayan kucing peliharaan mereka. Oleh yang demikian, Anas dan pasukannya akan memberi nasihat tentang apa yang perlu dilakukan oleh pemilik terhadap haiwan peliharaan mereka.

Bagi Anas sendiri, dia kerap membaca kertas kajian berkenaan kucing untuk meningkatkan kemahiran, teknik dan pengetahuan sedia ada mengenai haiwan itu.

Kesimpulannya, kucing garang boleh didandan dan dikendalikan dalam suasana yang damai jika pengendali tahu tekniknya.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI