30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupPuas hati dengan layanan kakitangan tetapi paling terkejut kos bersalin di hospital...

Puas hati dengan layanan kakitangan tetapi paling terkejut kos bersalin di hospital kerajaan hanya RM16

Seorang wanita yang telah selamat melahirkan anak lelakinya pada bulan lalu, turut melahirkan rasa terkejut dan berkongsi pengalamannya bersalin di Hospital Serdang milik kerajaan di Twitter, dengan menurutnya dia hanya dikenakan bayaran sebanyak RM16!

Wanita ini @myjassaramli mendedahkan di Twitter pada mulanya, ekoran dia mempunyai lebih banyak air ketuban semasa kehamilan kedua berbanding kehamilan pertama yang boleh mengundang risiko, maka dia dan suaminya memutuskan untuk merujuk dari klinik swasta kepada pakar hospital kerajaan di Hospital Serdang.

Twitter

Bayi itu selamat dilahirkan pada 8 Julai lalu, iaitu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin pada 20 Julai. Hampir dua minggu lebih awal.

Katanya pada pagi 8 Julai, dia merasakan sakit perut dan terdapat pendarahan. Selepas berunding dengan jururawat Klinik Kesihatan, wanita ini telah dinasihatkan bergegas ke hospital untuk bersalin.

Selepas pemeriksaan, doktor pakar yang memeriksa bukaannya percaya dia akan bersalin dalam masa terdekat dan menghantarnya ke bilik bersalin untuk menunggu masa kelahiran.

Twitter

Wanita ini menyifatkan bilik bersalin di Hospital Serdang hampir sama tarafnya seperti di hospital swasta, dan suaminya juga boleh menemaninya untuk menyambut ketibaan anak kedua mereka.

Dia dengan rasa bersyukur memberitahu berita baik bayi lelakinya seberat 3.06kg selamat dilahirkan secara normal pada jam 7:19 malam itu. Disebabkan ramai pesakit di wad, ibu ini dipindahkan ke wad kelas 3 dengan 4 katil. Yang mana tidak menjadi masalah buatnya, kerana wad itu sangat selesa.

“Saya masih berpeluang untuk bersarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, dan beberapa kali berjumpa dengan pakar sebelum itu,” katanya.

Twitter

“Doktor pakar serta jururawat di bilik bersalin semuanya wanita dan mereka sangat baik hati serta peramah. Saya berasa sangat bertuah dan bersyukur,” tambahnya.

Perkara paling penting yang ibu ini ingin tekankan, kos bersalin yang tertera dalam bil hanya RM16, yang dia rasa sangat mengejutkan, berbanding kos melahirkan anak di hospital swasta dengan layanan sama, yang mencecah ribuan ringgit.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI