31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaDonut susu, bukan kanak-kanak sahaja yang suka, ibu bapa pun makan berulang...

Donut susu, bukan kanak-kanak sahaja yang suka, ibu bapa pun makan berulang kali

Donut sering dimakan sama ada pada waktu sarapan atau pun minum petang. Jika sebelum ini hanya ada donut bersalutkan gula halus, kini terdapat pelbagai salutan menarik dan sedap seperti donut bersalutkan sambal manis, coklat, coklat putih dan lain-lain. Untuk menambah keenakan donut, pelbagai perisa diisi sebagai inti donut seperti perisa strawberi, mocha, teh hijau dan lain-lain. Masing-masing ada donut kegemaran dan jika anda sukakan donut yang ringkas tetapi enak, mungkin anda boleh mencuba donut susu ini.

Resipi donut susu ini telah dikongsikan oleh Noor Shafiqah Ghazali di halaman Facebook kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Menurut Shafiqah, bukan anak-anak sahaja yang menyukai donut ini bahkan dia dan suaminya juga berulang kali makan donut tersebut.

Bahan-bahan untuk membuat donut susu:

  • 1 pek mauripan (dibancuh dengan air suam sehingga berbuih).
  • 1 kilogram tepung gandum.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu makan marjerin.
  • 2 sudu susu tepung.
  • Susu pekat (agak-agak).
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk salutan donut susu:

  • Susu tepung dan gula (dikisar).

Cara untuk membuat donut susu ialah mula-mula satukan tepung gandum, garam dan susu pekat. Gaulkan sekata campuran tersebut dan lubangkan tengah-tengah tepung. Selepas itu, masukkan telur, marjerin dan mauripan yang telah berbuih tadi.

Uli adunan tersebut sehingga licin dan tidak melekat ditangan. Biarkan doh di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembap sehingga doh kembang.

Apabila doh telah kembang, tumbuk-tumbuk doh tersebut untuk keluarkan angin dan bentukkan donut itu.

Biarkan donut tersebut mengembang selama 15 hingga 20 minit. Kemudian gorenglah donut tersebut dalam minyak panas dengan api sederhana kecil.

Selepas donut digoreng, salutkan donut tersebut dengan susu tepung yang telah dikisar dengan gula tadi.

Hasilnya sangat mengagumkan! Donut susu itu sangat lembut dan gebu. Patutlah bukan anak-anak Shafiqah sahaja yang menyukainya, dia dan suaminya pun turut menyukai donut susu ini.

Menurut Shafiqah lagi, donut susu ini kekal lembut sehingga keesokan harinya. Jadi, kalau tidak dapat habiskan, bolehlah disimpan dan makan pada hari esoknya.

Jom cuba buat donut susu ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI