Ramai warga luar bandar berhijrah ke ibu negara Kuala Lumpur demi mencari lebih banyak peluang pekerjaan dan sudah tentu mereka akan mencari rumah sewa atau bilik sewa terlebih dahulu untuk menginap dengan selesa.
Perkara pertama yang perlu diselesaikan, terutama bagi mereka yang julung-julung kali mahu memulakan kehidupan di Kuala Lumpur.
Seorang wanita mendedahkan dengan kejutan beberapa hari lalu yang dia menemui rumah di Kuala Lumpur dengan hanya sewa RM300 sebulan.

Bunyinya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.
Namun, selepas gambar bilik itu dimuat naik di media sosial, kelihatan ruang bilik itu sangat kecil hanya dapat memuatkan sebuah tilam. Hampir serupa ruang sempit di Hong Kong dan umpama liang lahad, kata orang di sini!

Muat naik gambar itu telah memberikan kejutan membuatkan para warganet ternganga!
Ciapan di Twitter itu mendedahkan terdapat bilik untuk disewa di Maluri, Cheras, harganya hanya RM300 sebulan, tetapi ruangnya teramat sempit, hanya dapat memuatkan tilam single dan kipas gantung.

Pengguna Twitter @flwrsxB dalam ciapannya, “Selamat pagi kecuali owner dekat KL yang sewa bilik macam ni..”
Selepas ciapan itu menimbulkan perbincangan hangat, wanita itu menambah lokasi bilik sewa itu berhampiran stesen LRT Maluri, dan anda juga boleh melihat Pavilion dan KLCC dari lokasi di situ.
Ada yang memberi komen dengan pengalaman sama, “Naik taraf sikit ada katil, tahan sebulan je duduk sini RM350, lepas tu cabut cari tempat lain yang lagi selesa walaupun mahal sikit. Tak faham mengapa Maluri ada banyak bilik-bilik macam ni je..”
Menyebabkan ciapan itu telah membangkitkan perbincangan hangat pengguna Twitter, dengan ada yang menyamakan saiz bilik yang dibina serupa liang lahad atau kubur.

Sementara itu, seorang yang lain percaya tidak lama warga kota di Kuala Lumpur akan menjadi seperti mereka berada di Hong Kong yang terpaksa menyewa mahal dan tinggal di dalam bilik yang sangat sesak.

Rasa memang macam tak patut kita hanya punya pilihan yang seperti ini, nampak zalim pun ada..