25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaTerperangkap di dalam kereta, si abang sempat 'mandikan' adik dengan bedak seluruh...

Terperangkap di dalam kereta, si abang sempat ‘mandikan’ adik dengan bedak seluruh badan

Kejadian anak kecil terkunci di dalam kereta bukan satu isu baru di negara ini. Jika kita buka akhbar, media elektronik mahupun media sosial, kita boleh lihat bermacam kejadian yang sama berlaku di mana-mana. Anak kecil biasanya ditinggalkan di dalam kereta ketika ibu bapa atau penjaga mahu keluar membeli barang dengan alasan mereka hanya menginggalkan anak sekejap sahaja. Namun, ‘sekejap’ itu adakalanya boleh mengundang bahaya kepada anak kecil yang ditinggalkan.

Itu baru yang meninggalkan anak di dalam kereta, ada juga ibu bapa yang meninggalkan anak kecil di atas motosikal bersendirian di luar kedai. Mereka mungkin menyangka anak mereka akan selamat kerana hanya ditinggalkan sekejap lebih-lebih lagi anak kecil ditinggalkan di tempat awam. Namun, sekali lagi, bermacam bahaya boleh menimpa si kecil.

Untuk mengelakkan segala kemungkinan berlaku seperti kemalangan, ibu bapa atau penjaga yang membawa anak mereka ke kedai sangat dinasihatkan untuk membawa mereka masuk bersama walaupun hanya untuk seketika bagi membeli barang. Tanpa pengawasan orang dewasa, bermacam kejadian yang tidak diingini boleh menimpa anak kecil.

Baru-baru ini sebuah lagi kejadian anak kecil terkunci di dalam kereta berlaku sehingga si ibu terpaksa meminta bantuan pihak bomba dan penyelamat untuk membantu mengeluarkan anak-anaknya. Kejadian tersebut telah dirakam dan dimuat naik ke laman sosial TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tular berkenaan, kelihatan sekumpulan anggota bomba sedang bekerja keras dan betungkus-lumus untuk cuba membuka pintu kereta yang terkunci itu.

Kereta itu nampaknya telah terkunci dari dalam menyebabkan dua orang kanak-kanak terperangkap di dalamnya. Melihat apa yang berlaku membuatkan si ibu mula bimbang akan keselamatan anak-anaknya. Mujur anggota bomba dan penyelamat pantas bertindak sehingga pintu kereta akhirnya berjaya dibuka.

Sebaik sahaja abang bomba berjaya membuka pintu kereta, si ibu terus sahaja mengambil anak perempuannya yang ada di dalam kereta. Namun, ada kejadian lucu pula yang berlaku apabila si comel itu kelihatan seperti telah ‘dimandikan’ dengan bedak.

Si kecil itu kelihatan comot dengan bedak putih daripada rambutnya hingga ke seluruh badan. Rupa-rupanya, abangnya yang berbuat demikian ketika mereka berdua terperangkap di dalam kereta. Tidak tahu apa sebabnya, mungkin kerana panik si abang telah bertindak seperti itu. Apa yang lebih melucukan si abang dengan selamba masih berada di dalam kereta dan terus bermain dengan bedak yang sudah berterabur.

Hal lucu itu membuatkan keadaan yang tadinya genting menjadi lucu pula sehingga netizen yang menonton video tersebut keliru sama ada untuk kasihan atau tergelak akan kejadian yang berlaku. Mana tidaknya, walaupun dalam situasi cemas seperti itu, telatah anak-anak kecil tersebut tetap sahaja melucukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI