Langit merah yang muncul di bandar Zhoushan daerah Putuo di wilayah Zhejiang timur China disebabkan oleh pembiasan dan penyerakan cahaya, kemungkinan besar daripada lampu kapal di pelabuhan, lapor media tempatan dalam kejadian alam menakjubkan yang berlaku pada jam 8 malam, 7 Mei.
Pada hujung minggu itu, penduduk Zhoushan menyaksikan langit merah darah misteri, yang menyebabkan rasa panik dan menakutkan.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2022/05/12052022_redsky_02.jpg)
Rakaman video menunjukkan langit di atas bandar pelabuhan itu dalam pemandangan berwarna merah, sebahagian besar akibat kabus. Laporan media itu mencadangkan langit mungkin paling merah berhampiran kawasan pelabuhan.
Rasa panik kelihatan diluahkan oleh orang ramai yang merekodkan horizon langit berubah warna merah, menimbulkan ketakutan dengan berkata dunia hampir kiamat, dengan kepercayaan masing-masing kerana mereka tidak mengetahui sudut sains akan fenomena itu.
Orang ramai merekodkan langit menjadi merah pekat kemerahan, dari rumah, balkoni pangsapuri dan jalanan, lapor Global Times.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2022/05/12052022_redsky_03.jpg)
Klip video dan gambar fenomena itu menjadi tular dengan lebih 150 juta tontonan di media sosial seperti dalam Twitter versi China, Weibo dan Sina, lapor Global Times. Menerusi TikTok versi China, Douyin, sesetengah pengguna menggelar fenomena itu sebagai “petanda buruk” kerana cara rejim PKC China mengendalikan pandemik COVID-19.
“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini. Ia benar-benar memeranjatkan dan menakjubkan apabila langit boleh menjadi sebegini merah,” kata seorang pengguna media sosial, seperti yang dilapor Global Times.
![](https://www.erabaru.com.my/wp-content/uploads/2022/05/12052022_redsky_01.jpg)
“Apabila keadaan cuaca baik, lebih banyak air di atmosfera membentuk aerosol yang membias dan menyerakkan cahaya bot nelayan lalu mewujudkan pembentukan langit merah yang dilihat orang ramai pada waktu itu,” jelas satu laporan yang merujuk kepada biro meteorologi di Zhoushan.
Namun ramai penduduk China tidak mempercayai penjelasan itu dan mengatakan bahawa ini adalah petanda sesuatu yang buruk akan berlaku.
Fenomena langit merah darah itu walau bagaimanapun dilaporkan hanya berlaku dalam masa yang singkat selama beberapa minit.
Tonton video di bawah: