25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaMeter pintar TNB bolehkan penggunaan elektrik dipantau dengan lebih tepat, terus...

Meter pintar TNB bolehkan penggunaan elektrik dipantau dengan lebih tepat, terus dikemas kini setiap 30 minit

Isu bil TNB antara isu yang sering dibincangkan di media sosial terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan. Walaupun PKP sudah berkahir namun acapkali netizen mempersoalkan tentang bil elektrik mereka yang melambung tinggi.

Buat anda yang masih tidak tahu sebenarnya anda boleh memantau bil elektrik anda sendiri. Hanya dengan menggunakan aplikasi khas, myTNB anda boleh melihat penggunaan elektrik anda. Tidak hanya itu, anda juga boleh terus ke laman web myTNB untuk melihat sendiri bil dan penggunaan elektrik anda.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif mampan yang disokong oleh kerajaan, Tenaga National Berhad (TNB) kini merancang untuk menggantikan semua meter sedia ada dengan Meter Pintar di Malaysia.

Pelancaran ini akan dilakukan secara berperingkat dan akan boleh diakses secara percuma sepenuhnya oleh pengguna. Ia akan dipasang oleh TNB selepas anda menerima notis pemasangan untuk kawasan kejiranan anda melalui mel.

Dengan Meter Pintar daripada TNB, anda akan dapat memantau penggunaan elektrik anda dengan mudah melalui myEnergy melalui laman web myTNB dan aplikasi myTNB.

Jadi, dengan aplikasi ini anda boleh menggunakan tenaga elektrik dengan lebih cekap. Hasilnya, anda bukan sahaja dapat mengurangkan bil elektrik, tetapi dalam masa yang sama memastikan penggunaan karbon juga dapat dikurangkan demi alam sekitar.

Apa yang lebih menarik kesemua maklumat bakal tersedia di hujung jari anda. Kesemua maklumat boleh diperolehi hanya dengan menggunakan papan pemuka (dashboard) myEnergy — melalui laman web myTNB. Tidak hanya itu, bacaan meter tenaga pada Meter Pintar akan dikemas kini pada 30 minit.

Berikut ialah kepentingan Meter Pintar:

  • Pemantauan yang lebih mudah dapat memudahkan anda mengenal pasti keadaan penggunaan elektrik yang tinggi dan membantu anda menyesuaikan diri dengan tabiat yang lebih cekap tenaga.
  • Bacaan meter yang lebih tepat dan anda boleh membayar bil elektrik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi myTNB.

Setelah Meter Pintar anda telah dipasang, daftar akaun di laman web myTNB untuk mengakses papan pemuka myEnergy anda.

Untuk mendaftar, anda memerlukan nombor akaun TNB anda, yang boleh didapati di sudut kiri atas bil elektrik anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod bar di bahagian bawah bil untuk memudahkan proses.

Anda boleh menyemak papan pemuka myEnergy anda untuk mendapatkan maklumat berikut:

  1. Kos
    Anda boleh melihat kos elektrik harian, bulanan dan tahunan. Kos penggunaan tenaga akan ditunjukkan dalam graf dan maklumat serta butiran lanjut juga boleh diperolehi dalam satu aplikasi.
  2. Penggunaan
    Tab ini menunjukkan penggunaan elektrik harian, bulanan dan tahunan anda dalam (kWj). Anda boleh menggunakan maklumat di sini untuk mengetahui jumlah elektrik yang anda gunakan dari bulan ke bulan, dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
  3. Kesan Alam Sekitar
    Anda boleh melihat bahagian ini untuk mengetahui berapa banyak pelepasan karbon (CO2) yang telah anda hasilkan untuk setiap kWj tenaga elektrik yang dijana. Ini dikira mengikut purata bilangan kereta, berat sampah atau bilangan pokok. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan kepada anda berapa banyak pokok yang perlu anda tanam untuk mengimbangi penggunaan bulan semasa anda.

Secara keseluruhannya, Meter Pintar lebih memudahkan anda untuk mengenal pasti keadaan penggunaan tenaga yang tinggi, sekali gus membantu anda membuat perubahan positif tentang penggunaan tenaga.

Hanya gunakan maklumat yang ditunjukkan pada papan pemuka myEnergy anda melalui laman web myTNB atau aplikasi myTNB untuk membantu menguruskan penggunaan tenaga anda.

Buat anda di luar sana yang ingin mengetahui lanjut mengenai Meter Pintar bolehlah berkungjung ke laman web myTNB untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI