26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalNelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya

Nelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya

Nelayan yang menerokai Sungai Musi berhampiran Palembang, telah menemui sejumlah harta karun dan artifak menakjubkan, antaranya termasuk batu permata, cincin emas, syiling dan loceng gangsa sami sejak lima tahun yang lalu.

Salah satu penemuan paling luar biasa setakat ini ialah patung Buddha bersaiz besar bertatahkan permata dari abad ke-8, yang dianggarkan bernilai berjuta ringgit.

Kesemua artifak ini dipercayai wujud sejak peradaban Srivijaya, sebuah kerajaan antara abad ke-7 dan ke-13 yang tiba-tiba lenyap satu abad kemudian.

Twitter

“Ramai ahli sejarah yang cuba ‘memburu’ khazanah Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun tidak banyak yang ditemui,” kata Dr Sean Kingsley, seorang ahli arkeologi maritim dari United Kingdom.

”Bahkan di Palembang iaitu lokasi kerajaan itu lenyap, para ahli arkeologi gagal mencari bahan bukti yang cukup walaupun untuk sebuah perkampungan kecil,” katanya.

“Srivijaya benar-benar cermat menjaga rahsianya,” tambah Dr Kingsley.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, barulah kita menemui barangan luar biasa. Duit syiling, patung emas Buddha, permata dan semua jenis barangan yang mungkin anda baca dalam kisah Sinbad, tetapi ia sebenarnya wujud di alam nyata,” dedahnya.

Twitter

Empayar Srivijaya adalah kerajaan yang berkembang antara abad ke-7 dan ke-13, yang kini dikenali sebagai Indonesia.

Kerajaan maritim Srivijaya berasal dari Palembang yang terletak di Sumatera tetapi memperluaskan pengaruhnya dan menguasai seluruh Selat Melaka.

Tidak jelas dan tiada bukti sejarah yang kukuh untuk mengemukakan teori mengapa kerajaan Srivijaya itu boleh runtuh seperti kerajaan Melaka.

Twitter

Dr Kingsley mengakui sering terfikir yang empayar Srivijaya mengalami nasib yang sama seperti Pompeii yang ‘hilang’ akibat bencana gunung berapi dan gempa bumi atau mungkin tenggelam dilanda badai dan tsunami atau ditelan arus sungai yang deras.

Selain aktiviti pencarian oleh nelayan tempatan, belum terdapat operasi pencarian atau penggalian rasmi, yang sekali gus menjadi punca mengapa banyak persoalan tidak terjawab, The Guardian melaporkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI