28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaKajian tunjukkan bahawa varian 'Delta Plus' lebih mudah tersebar

Kajian tunjukkan bahawa varian ‘Delta Plus’ lebih mudah tersebar

Sebuah lagi varian Covid-19 bermutasi baru yang lebih dikenali sebagai “Delta Plus” dikatakan boleh tersebar dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan Delta biasa, kata pakar UK baru-baru ini.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) telah memindahkannya ke dalam kategori “varian dalam siasatan”, untuk menggambarkan kemungkinan risiko ini.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa varian ini akan menyebabkan penyakit menjadi lebih serius.

Namun begitu, saintis yakin bahawa vaksin sedia ada masih berfungsi dengan baik untuk melindungi orang ramai.

Walaupun Delta biasa masih menyumbang kepada kebanyakan jangkitan Covid-19 di UK, kes “Delta Plus” atau AY.4.2 dilihat semakin meningkat.

Data rasmi terkini menunjukkan 6% kes Covid-19 adalah berpunca daripada varian ini. Hal ini ditunjukkan dengan bukti awal yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kadar jangkitan di UK berpunca daripada varian ini.

Walau bagaimanapun, varian ini masih belum dianggap sebagai “variant of conern” – kategori tertinggi yang perlu diberikan mengikut tahap risiko varian.

Terdapat beribu-ribu varian Covid-19 yang merebak di seluruh dunia jadi tidak menghairankan untuk melihat varian baharu muncul.

AY.4.2 ialah cabang Delta yang merangkumi beberapa mutasi baharu yang menjejaskan protein spike, yang digunakan oleh virus untuk menembusi sel manusia.

Beberapa kes juga telah dikenal pasti di Amerika Syarikat dan beberapa di Denmark.

Kini UK sudah pun menawarkan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada individu yang berisiko lebih tinggi menjelang musim sejuk dalam usaha untuk memastikan mereka mendapat perlindungan sepenuhnya terhadap Covid-19.

Tiada cadangan bahawa kemas kini baharu vaksin diperlukan untuk melindungi daripada mana-mana varian virus pandemik yang sedia ada.

Dr Jenny Harries, Ketua Eksekutif UKHSA, mengatakan: “Nasihat kesihatan awam adalah sama untuk semua varian terkini. Dapatkan vaksin dan, bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan dos ketiga atau dos penggalak anda secepat mungkin selepas dihubungi.

“Terus berhati-hati. Pakai pelitup muka di tempat yang sesak dan, apabila bertemu orang di dalam rumah, buka tingkap dan pintu untuk mengudarakan bilik. Jika anda mengalami simptom, ambil ujian PCR dan asingkan di rumah sehingga anda menerima keputusan negatif.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI