25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaNasionalPKPD di 34 mukim Selangor dan KL bermula 3 Julai ini

PKPD di 34 mukim Selangor dan KL bermula 3 Julai ini

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, bermula 3 Julai selama 14 hari.

Menurut data, keputusan ini dibuat memandangkan unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

Antara kawasan terlibat :

@redzuanNewsMPB/Twitter

@redzuanNewsMPB/Twitter

Berikut adalah intipati penting mengenai pelaksanaan PKPD :

  • Sebarang pergerakan merentas daerah atau negeri untuk vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan, dengan menunjukkan butiran janji temu aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS
  • Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50%. Hanya 2 orang penumpang dibenarkan untuk perkhidmatan teksi dan e-hailing termasuk pemandu.
  • Hanya seorang sahaja dibenarkan untuk keluar daripada kediaman bagi membeli barangan keperluan asas dalam radius 10 kilometer. Sebarang pergerakan tidak perlu selepas jam 8 malam tidak dibenarkan, kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM
  • Sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam meliputi hanya sektor utiliti, pembersihan dan kumbahan
  • Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan topeng muka dibenarkan beroperasi
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.
  • Restoran, kedai atau gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk, dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu atau penghantaran ke rumah sahaja dibenarkan
  • Kedai runcit, serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 8 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol yang beroperasi selama 24 jam
  • Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi
  • Pasar awam, pasar tani kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 2 petang
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Untuk maklumat terperinci mengenai prosedur operasi standard PKPD, anda boleh merujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara di pautan ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI