25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupSekumpulan besar monyet lebih 40 ekor berkeliaran di kawasan perumahan di Pulau...

Sekumpulan besar monyet lebih 40 ekor berkeliaran di kawasan perumahan di Pulau Pinang, curi perhatian penduduk

Secara ringkasnya, monyet hidup bersama di dalam kelompok sosialnya dan jika mereka bergerak, ia juga akan dilakukan bersama-sama.

Setiap seekor menyumbang dan membantu mempertahankan sumber makanan, membesarkan anak dan memerhatikan sebarang bahaya.

Baru-baru ini, penduduk sekitar Taman Botani Pulau Pinang dikejutkan dengan pergerakan sekumpulan monyet lebih 40 ekor daripada sebuah rumah ke rumah lain di sekitar kawasan itu.

Seorang penduduk dikenali sebagai Neoh berkata, dia ternampak kumpulan monyet tersebut ketika selepas selesai sarapan pagi pada 22 Jun lalu.

Monyet-monyet terbabit yang terdiri daripada pelbagai saiz dilihat melompat dan melalui kawasan rumah jiran.

“Saya segera minta keluarga untuk menutup pintu dan tingkap. Kebiasaannya monyet-monyet itu tidak membahayakan atau menyerang manusia”, kata Neoh.

Namun tambahnya, jumlah monyet sebanyak itu bukanlah sesuatu yang biasa dilihat. Ini kerana hanya 3 atau 4 ekor sahaja biasa dilihat Neoh.

“Saya percaya kumpulan monyet itu keluar daripada hutan untuk mencari makanan, memandangkan ia berdekatan dengan Taman Botani dan Penang City Park”.

Difahamkan bahawa Jabatan Hidupan Liar akan memasang perangkap di kawasan perumahan jika menerima sebarang aduan.

Namun jika tiada aduan diterima, mereka hanya akan memerhatikan situasi semasa sebelum mengambil sebarang tindakan.

Berikut adalah videonya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI