24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGlobalPenangan gajah cari makan, dinding rumah di Thailand disondol hingga berlubang

Penangan gajah cari makan, dinding rumah di Thailand disondol hingga berlubang

Bayangkan jika ada seekor gajah dewasa tiba-tiba muncul di rumah anda. Mahunya kita lari lintang pukang bukan?

Seorang lelaki di Thailand berhadapan dengan saat cemas apabila dia ternampak dinding dapur rumahnya berlubang dan dipenuhi dengan kepala gajah!

Difahamkan bahawa gajah terbabit berkeliaran di sekitar dapur rumah lelaki itu kerana mahu mencari makanan, lalu menyondol dinding berkenaan.

Isteri lelaki itu, Rachadawan Phungprasopporn dari daerah Prachuap Khiri Khan kemudian berkongsi foto dan video di Facebook.

Menerusi video tersebut, gajah dewasa tersebut dilihat sedang mencapai sesuatu yang terdapat di rak menggunakan belalainya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Tambah Rachadawan, gajah terbabit juga setiap hari datang ke rumahnya untuk mencari makanan. Tetapi kali ini, gajah itu bertindak menyondol dinding rumahnya pula sehingga berlubang.

Dalam pada itu, sumber mengatakan bahawa Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharan Tumbuhan dan agensi lain sedang membincangkan kos ganti rugi kerosakan rumah pasangan tersebut.

“Agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa dalam waktu terdekat”, kata jurucakap jabatan tersebut.

Selain itu, dimaklumkan bahawa pegawai kerajaan juga telah memberi kesedaran kepada penduduk untuk menghindari bahaya melibatkan gajah di daerah terbabit.

Berikut video yang sempat dirakamkan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI