Baru-baru ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat yang tidak diluluskan bakal dibuka.
Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 15 Jun lalu telah membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) bermula untuk permohonan rayuan BPR.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia/Facebook
Menurut kenyataan LHDN, kaunter itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari hingga 30 Jun, tertakluk kepada waktu kerja bagi setiap negeri dan hanya melalui janji temu.
Malah prosedur itu juga adalah terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah, mengikut maklumat yang tertera di aplikasi MySejahtera.
Pelanggan yang hadir juga wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) – imbas aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan amalkan jarak fizikal.
Manakala untuk sebarang pertanyaan berkaitan BPR, ia boleh diajukan menerusi talian BKK 1800-88-2747 pada jam 9 pagi hingga 4 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Pelanggan juga dinasihatkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke premis untuk mengelakkan kesulitan.
Semakan boleh dibuat menerusi pautan ini.