28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaInspirasiAnjing ini nikmati saat 'dicuci', digaru mesin cucian automatik buat ramai terhibur

Anjing ini nikmati saat ‘dicuci’, digaru mesin cucian automatik buat ramai terhibur

Jika anda perasan, kucing dan anjing peliharaan anda sangat suka apabila tubuh mereka dibelai. Begitulah juga apabila mereka diusap mahupun digaru.

Alangkah seronoknya mereka bukan? Ini kerana titik rangsangan mereka berhubung pada folikel bulu dan ia sangat disenangi oleh mereka.

Foto hiasan/Pixabay

Dan sekiranya tiada siapa mahu menolong mengusap dan menggaru tubuh mereka, mereka pasti akan mencari ‘jalan’ lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Samalah seperti anjing bertuah ini!

Jessie Ooi/Facebook

Melihat pada keadaan di pusat cucian kenderaan, anjing ini menyedari bahawa terdapat peluang yang patut digunakannya sebaik mungkin.

Langsung tidak menoleh kiri dan kanan, anjing berkenaan terus mendekati mesin pencuci kereta automatik tersebut.

“Jangan risau, saya okay je dan sedang menikmatinya”.

Jessie Ooi/Facebook

Dengan santainya, anjing itu membiarkan sahaja tubuhnya ‘dicuci’ dan digaru oleh mesin yang berpusing. Siap gesel badan lagi!

Setelah beberapa ketika dan benar-benar pasti tubuhnya sudah pun bersih dan selesa, barulah si anjing bertuah berhenti dan berlalu pergi.

Saksikan video aksi anjing comel itu di bawah ini :

Jessie Ooi/Facebook

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI