25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaNasionalPM guna nama Mahiaddin Md Yasin untuk urusan dokumen rasmi, berkuatkuasa serta-merta

PM guna nama Mahiaddin Md Yasin untuk urusan dokumen rasmi, berkuatkuasa serta-merta

Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu memo bertarikh 3 Jun mengarahkan agar nama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantikan kepada :

  1. Mahiaddin bin. Md Yasin
  2. Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin. Haji Md Yasin

Arahan itu dikuatkuasakan serta-merta khasnya bagi semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan.

@esshimself/Twitter

Perubahan itu dibuat susulan pandangan Jabatan Peguam Negara yang menyarankan agar dokumen rasmi memerlukan penggunaan atau tandatangan nama Perdana Menteri menggunakan nama rasmi beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Norsharidah Awang memutuskan Perdana Menteri mesti menggunakan nama sebenar seperti dinyatakan pada Mykad miliknya, mengikut Akta Fungsi Menteri 1969.

Terdahulu pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani beliau (yang menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri) kerana tidak menggunakan nama dalam MyKad miliknya iaitu Mahiaddin Md Yasin.

Sungguhpun begitu, Norsharidah berkata beliau akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media.

Memo tersebut menurutnya hanya untuk edaran dalaman Pejabat Perdana Menteri, bukannya arahan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI