Langgar lari adalah satu kesalahan yang serius dan tindakan undang-undang wajar diambil bagi memberi keadilan buat mangsa.
Namun apa yang boleh kita lakukan jika ia melibatkan haiwan yang melanggar dan mangsanya pula adalah manusia?
Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan insiden ‘langgar lari’ di media sosial dan ianya bukanlah kes yang biasa berlaku.
Rakaman CCTV berjaya merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan parkir kenderaan yang bersebelahan dengan sebuah jalan.
Seorang lelaki dilihat memandu dan meletakkan kenderaannya di tapak tersebut. Sebaik sahaja mahu melangkah melintas jalan, muncul seekor anjing.
Berikut video penuh kejadian itu :
Walaupun dia pada mulanya sudah menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas, namun dia tidak dapat mengelak daripada ‘dirempuh’ anjing yang sedang berlari laju itu.
Rebah dibuatnya lelaki tersebut dan mungkin dia berasa keliru dan bingung dengan apa yang dialaminya pada ketika itu.
Aduhai, boleh tahan sakit juga nampaknya. Apalah nasib. Mahu ambil tindakan undang-undang pun serba salah dibuatnya!
Jadi selepas ini, toleh ke kiri dan kanan beberapa kali sebelum melintas. Pastikan tiada sebarang kenderaan barulah melintas, termasuklah haiwan ya!