26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaPemain sape' Saufi Aiman ​​Yahya ditemui meninggal dunia di dalam studio miliknya

Pemain sape’ Saufi Aiman ​​Yahya ditemui meninggal dunia di dalam studio miliknya

KUCHING – Saufi Aiman ​​Yahya, seorang pemain sape’ terkenal dari Sarawak, ditemui mati di pejabat studionya di City Square di Kuching pada malam 10 Jun lalu.

Menurut kenyataan Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, mereka menerima panggilan dari balai polis Bintawa, meminta mereka membantu untuk mengeluarkan jenazah pada sekitar jam 9.13 malam.

Dalam kenyataan itu, mereka turut memberitahu bahawa mereka memerlukan enam orang anggota penyelamat dari balai bomba Padungan yang menggunakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lengkap bagi membawa jenazah dari tingkat dua pusat komersial ke sebuah trak polis yang sedang menunggu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak (Facebook)

Punca kematian masih belum dapat diketahui dan jenazah kemudian telah dibawa ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut dan punca kematian mangsa sedang disiasat.

Pemain sape’ profesional berusia 31 tahun suatu ketika dahulu telah membanggakan Malaysia dengan memenangi empat pingat emas di Amerika Syarikat pada 2017 lalu.

Facebook

Selain itu, beliau juga pernah merangkul empat pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-21 pada tahun 2017.

Empat emas yang dimenanginya adalah dalam kategori jazz, kontemporari, klasik, dan terbuka (untuk solo atau berkumpulan), dengan pingat perak untuk kategori karya asal.

Facebook

Saufi telah bermain sape’ selama lebih kurang 10 tahun. Instrumen muzik ini adalah alat muzik tradisional orang Kenyah, yang berasal dari Sarawak.

Beliau merupakan graduan dari Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) juga mengendalikan sebuah syarikat bernama Sape’ Star, yang menyediakan pelajaran sape’ dan menjual alat tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI