Antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar sekarang adalah pembelajaran melalui dalam talian yang agak sukar.
Mereka bukan sahaja perlu hadir ke kelas secara dalam talian malah kesemua tugasan juga perlu dihantar melalui internet.
Antara tugasan yang menarik adalah apabila pelajar diminta untuk membuat video bagi berkongsi rutin mereka di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, ramailah yang muncul dengan pelbagai idea. Antaranya ialah remaja lelaki ini.
aku cakap dengan ibu yang ni untuk assignment HAHAHAHAHAHAH pic.twitter.com/NCksLtjh6L
— erry lapar 🇵🇸 (@rotigardeniaa) June 8, 2021
Video yang dimuat naik di Twitter telah menarik perhatian ramai sehingga ditonton lebih daripada 200 ribu kali. Antara momen yang menarik adalah apabila video tersebut turut melibatkan ibunya bersama.

Apa yang berlaku ialah sepanjang rakaman video, pelajar tersebut dilihat sedang berbohong mengenai rutin hariannya. Hal ini membuatkan ibunya tidak berpuas hati sehingga kedua-dua mereka tergelak. Si ibu kelihatannya berasa lucu dengan penipuan yang cuba dilakukan oleh anak lelakinya.

Perkara yang paling lucu ialah apabila si ibu jelas menunjukkan riak wajah tidak berpuas hati dengan kenyataan anaknya. Mereka kemudian tertawa bersama sebelum si ibu memberitahu ‘penonton’ bahawa apa yang dikatakan anaknya adalah bohong.

Rata-rata mereka yang menonton video tersebut terhibur dengan reaksi si ibu. Kejujuran wajah ibunya telah membuatkan orang ramai tahu bahawa dia sedang menipu.