Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan kesan besar terhadap ekonomi dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia sekaligus membawa kepada peningkatan tahap pengangguran. Malah masa depan untuk beberapa jawatan dan perniagaan turut kabur.
Namun ada beberapa kategori pekerjaan yang semakin mendapat permintaan tatkala wabak ini masih lagi membelenggu masyarakat dunia.
Walaupun masih dalam wabak, data LinkedIn menunjukkan bahawa pekerjaan kecerdasan buatan (AI) masih mendapat permintaan tinggi.
Sejak tahun 2019, jumlah pengambilan untuk pekerjaan dalam bidang ini telah meningkat sebanyak 32%.
Naib Presiden untuk tarikan bakat global laman web Indeed menjelaskan sebab program ‘Make It’ oleh CNBC mendapat perhatian ramai.
Ini disebabkan oleh kecerdasan buatan merangkumi pelbagai bidang – peranan dalam permainan video sehinggalah menggerakkan kereta pandu sendiri dan pelbagai lagi.
Tambahnya, ketika permintaan untuk teknologi dan kemahiran menyelesaikan masalah terus meningkat, semakin banyak syarikat menyedari bahawa mereka perlu menggunakan kecerdasan buatan dan algoritma pembelajaran mesin untuk membuat produk lebih pintar, peribadi dan intuitif.
Indeed menggunakan data di platformnya untuk membuat senarai 10 pekerjaan AI yang paling dicari di Amerika Syarikat hari ini dan gaji rata-rata mereka.
Indeed mendapat senarai ini dengan melihat catatan pekerjaan AI di laman webnya dan mengira jawatan pekerjaan AI yang mempunyai peratusan jawatan pekerjaan tertinggi antara Februari 2021 dan April 2021.
Selepas itu, Indeed mengira gaji tahunan rata-rata untuk setiap pekerjaan dengan melihat data gaji tahunan kedudukan dalam senarai dalam dua tahun terakhir.
Gaji tahunan rata-rata untuk setiap pekerjaan dalam senarai ini adalah $95,000 (RM392,160) atau lebih. Untuk mendapatkan pekerjaan ini, seseorang itu perlu mengetahui bahawa majikan mencari pekerjaan dengan kemahiran tertentu – kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran analitik, pengalaman pengembangan perisian dan pengalaman kerja dalam pelbagai pengaturcaraan seperti JavaScript, Microsoft Excel dan Python.
Menurut laporan Indeed, berikut adalah 10 pekerjaan AI yang paling dicari hari ini dan jumlah gaji tahunan mereka di AS.
1. Saintis data (Data scientist) – Gaji tahunan $110,000 (RM454,080)
2. Jurutera perisian kanan (Senior software engineer) – Gaji tahunan $120,000 (RM495,360)
3. Jurutera pembelajaran mesin (Machine learning engineer) – Gaji tahunan $125,000 (RM 516,000)
4. Jurutera data (Data engineer) – Gaji tahunan $122,060 (RM503,863)
5. Jurutera perisian (Software engineer) – Gaji tahunan $100,000 (RM412,800)
6. Pembangun perisian (Software developer) – Gaji tahunan $95,000 (RM392,160)
7. Arkitek perisian (Software architect) – Gaji tahunan $135,107 (RM557,721)
8. Saintis data kanan (Senior data scientist) – Gaji tahunan $127,500 (RM526,320)
9. Pembangun timbunan penuh (Full stack developer) – Gaji tahunan $108,730 (RM448,837)
10. Jurutera perisian utama (Principal software engineer) – Gaji tahunan $155,000 (RM639,840).