30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaIndividu tular seret kucing di Perak serah diri, dakwa mahu tangkap dan...

Individu tular seret kucing di Perak serah diri, dakwa mahu tangkap dan buang

Minggu lepas, tular satu video menunjukkan seorang lelaki mengheret seekor kucing semasa menunggang motosikal, dipercayai berlaku di Langkap, Perak.

Video berkenaan direkodkan oleh seorang pengguna jalan terbabit yang kebetulan sedang memandu di belakang lelaki berusia 45 tahun berkenaan.

Lelaki itu memegang jaring di tangannya – digunakan untuk menangkap kucing dan kaki kucing tersebut dilihat terseret di permukaan jalan raya.

Kemudian pada malam 4 Jun, lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Langkap, mendakwa dirinya bukanlah pelaku di dalam video ini.

Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association/Facebook

Dia turut membuat laporan polis namun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, lelaki itu mendakwa bahawa dia menangkap kucing itu lalu mahu membuangnya di kawasan kedai berhampiran rumahnya.

Tambah Ahmad Adnan, dia kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 5 Jun dan kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association/Facebook

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan berniat mahu membunuh atau mematikan haiwan dan Seksyen 29 (1) (e) Akta Kesejahteraan Haiwan 2015.

Seksyen 428 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala Seksyen 29 membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga 100,000 atau penjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI