25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaNasionalHishammuddin jalani kuarantin, tidak sertai Mesyuarat Khas ASEAN-CHINA

Hishammuddin jalani kuarantin, tidak sertai Mesyuarat Khas ASEAN-CHINA

Setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif COVID-19, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein difahamkan tidak akan menyertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-CHINA yang diadakan di Chongqing, China.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan bahawa beberapa lawatan susulan ke Mesir, Kuwait dan Qatar juga turut akan ditangguhkan.

@HishammuddinH2O/Twitter

“Walaupun Menteri Luar telah menjalani dua ujian saringan PCR yang didapati negatif – berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Menteri Luar diwajibkan menjalani kuarantin dan pengasingan diri”.

Perkara itu juga turut diumumkan oleh beliau menerusi akaun rasminya di Twitter.

@HishammuddinH2O/Twitter

Oleh yang demikian, beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar sebagai ketua delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dijadualkan.

Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan bahawa Hishammuddin akan berbincang secara dua hala bersama Wang Yi mengenai situasi di Laut China Selatan.

Google Maps

Ini susulan insiden pencerobohan pihak tentera udara China di ruang udara tanah air baru-baru ini. Manakala Kementerian Luar juga sedang menetapkan tarikh baru untuk lawatan ke Mesir, Kuwait dan Qatar.

Wisma Putra menjelaskan bahawa lawatan ke negara-negara Asia Barat itu bertujuan untuk menegaskan pendirian Malaysia terhadap konflik yang berlaku antara Palestin-Israel.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI