27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 12, 2024
UtamaKisah BenarDikata tak bayar ansuran, kereta wanita ini hampir dilarikan oleh ‘scammer’ di...

Dikata tak bayar ansuran, kereta wanita ini hampir dilarikan oleh ‘scammer’ di stesen minyak

Seorang wanita berusia 53 tahun, Evie Lam baru-baru ini menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga di stesen minyak.

Ini kerana, Evie ada berhadapan dengan ‘scammer’ di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Cheras-Kajang.

Kata Evie, kejadian itu berlaku pada 18 Mei lalu sekitar jam 12 tengah hari apabila muncul individu menghampirinya lalu berkata bahawa dia perlu menunda kereta milik Evie.

“Saya dalam perjalanan pulang ke Semenyih dan pada ketika itu hujan turut agak lebat. Jadi saya memutuskan untuk berhenti seketika di stesen Petron di lebuh raya itu sehingga hujan sedikit reda”.

Evie meletakkan keretanya di hadapan stesen itu dan dia kemudian pergi ke kedai serbaneka stesen itu untuk membeli sesuatu.

Evie Lam/Facebook

“Setelah selesai membeli, saya kembali ke kereta dan ternampak sebuah Perodua Alza diletakkan di belakang kereta saya. Seorang pemuda dilihat melambai ke arah saya”.

Namun Evie tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh pemuda terbabit dan bertindak membiarkan sahaja.

Namun individu itu kemudian turun daripada keretanya dan menghampirinya lalu bertanya sama ada kereta itu adalah miliknya.

Individu itu kemudian berkata bahawa dia mendapat arahan untuk menunda kereta Evie kerana kegagalan Evie untuk membayar ansuran kereta.

“Saya jawab, tidak. Saya bayar ansuran kereta pada bulan lalu. Bulan ini yang terakhir. Saya juga meminta dia untuk mengemukakan notis atau surat”.

Individu itu berkata bahawa ada dokumen namun akan menunjukkan pada Evie kemudian. “Dia asyik bertanya saya, “Macam mana sekarang?” dan sama ada saya mahu dia menunda kereta saya”.

Evie Lam/Facebook

Evie kemudian memberitahu bahawa dia akan menghubungi keluarganya dahulu dan individu itu berkata, “Ya, berikan telefon kamu untuk saya bercakap pada mereka”.

Pada ketika itu, Evie mula berfikir apa yang sedang dilakukan oleh individu itu. “Saya mula berasa takut”, ujar Evie.

Evie kemudian bertindak memasuki semula ke dalam kedai dan turut diikuti oleh lelaki itu. Dia kemudian berkata bahawa dia akan menghubungi pihak bank untuk pengesahan.

“Aiya, saya mahu tolong kamu tapi kamu tak percaya”, kata lelaki itu. Tidak lama kemudian, seorang lagi individu yang dipercayai merupakan rakan kepada lelaki itu muncul.

“Mereka dilihat berbincang sebelum kedua-duanya kemudian bertindak memasuki kereta mereka dan berlalu pergi”.

Staf stesen minyak kemudian mendekati Evie untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. “Jangan percaya, mereka adalah scammer”, kata staf di situ.

Namun anehnya, individu terbabit dapat menyebut jumlah bayaran ansuran terakhir yang perlu dibayar Evie pada semasa.

“Untuk para wanita, lebih-lebih lagi jika bersendirian, sentiasa berjaga-jaga kerana apabila ia berlaku pada anda, anda mungkin tidak tahu apa yang perlu dilakukan”.

Evie kemudian pergi ke balai polis untuk membuat laporan namun ia tidak diterima. “Pegawai polis mengatakan bahawa ia adalah perkara yang biasa berlaku sekarang”.

Memandangkan Evie tidak diapa-apakan, maka laporan tidak perlu dibuat. “Jadi saya lebih rela berkongsikannya di Facebook”.

“Sekurang-kurangnya saya dapat menyebarkan kisah ini untuk diambil iktibar oleh orang lain terutamanya golongan wanita”, akhirinya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI