Kira-kira dua juta belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sepenuh masa layak untuk menuntut kredit e-Tunai bernilai RM150 menerusi program eBelia.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan, di mana ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan serta mempromosikan perbelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia dan pelajar IPT.
Untuk mereka yang layak, anda boleh membuat tuntutan bermula 1 Jun hingga 22 Julai kelak dan terpakai sehingga 31 Julai 2021.
Program ini menyokong 4 penyedia e-Tunai iaitu :
- BigPay
- Boost
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
Justeru, penerima yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun e-Tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi eWallet sebelum 1 Jun.
Individu yang layak dapat menebus kredit RM150 sekali untuk setiap penyedia e-Tunai dan akan diberi insentif tambahan dalam bentuk tunai, baucar, mata atau syiling daripada platform masing-masing.
Selain itu, pelajar IPT yang layak juga mestilah pelajar sepenuh masa dalam diploma atau kursus SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi yang berdaftar atau belia berumur 18-20 tahun.
Bernama/Twitter
“Data belia yang layak akan disemak secara silang dengan institusi pengajian tinggi yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan”, jelas Kementerian dalam satu kenyataan.
Dalam Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk pemberian kredit eWallet kepada setiap belia yang layak.
Namun jumlah itu ditambah RM100 juta lagi menjadikan peruntukan keseluruhan adalah RM300 juta.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila semak di pautan ini.