Perkara yang tidak dijangka boleh berlaku secara tiba-tiba sahaja. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa beringat dan berhati-hati setiap masa.
Seperti yang kita sedia maklum, enjin kereta perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum mula mengisi petrol di stesen minyak.
Jika tidak, tindakan itu boleh memakan diri sendiri kerana ia mencetuskan api seperti apa yang berlaku di dalam video ini :
Video lama ini sekali lagi mendapat perhatian warga Facebook apabila pengguna sebuah kereta dilihat membiarkan sahaja enjin keretanya dihidupkan ketika sedang mengisi petrol.
Malah, pintu keretanya juga dibiarkan terbuka..
Untuk pengetahuan anda, semasa sedang mengisi minyak, wap bahan bakar berlegar di udara lalu menghasilkan wap campuran bahan yang mudah terbakar.
Selain itu, mengisi petrol pada keadaan yang masih hidup enjinnya berupaya meningkatkan kemungkinan wap gas bersentuhan dengan haba atau elektrik.
Terdapat juga risiko tumpahan yang tidak disengajakan dan enjin yang dihidupkan mencetus sumber pencucuhan kepada keadaan ini.
Jadi lebih selamat untuk kita mematikan enjin kenderaan. Ingat!