33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita Utama'Tarian minta maaf' pada pagi raya penuh yang ceria buatkan satu keluarga...

‘Tarian minta maaf’ pada pagi raya penuh yang ceria buatkan satu keluarga tergelak

Dalam setiap keluarga pasti ada salah seorang yang memiliki perangai yang agak ‘gila-gila’.

Biasanya mereka lah yang akan menjadi penghibur dalam keluarga dengan segala telatah dan jenaka mereka. Kadangkala, melihat gelagat mereka sudah boleh buatkan ramai tersengih.

@awnsmrdn/Twitter

Contohnya seperti seorang gadis ceria di dalam video ini. Pagi raya keluarganya seperti dipenuhi gelak dengan kelucuannya.

@awnsmrdn/Twitter

Sebelum bersalaman dengan orang tuanya, dia sempat menari seolah-olah mahu mempersembahkan sesuatu.

Dengan tarian dan gaya selambanya bukan hanya buatkan ibu bapa dan keluarganya terhibur malah orang ramai yang melihat video tersebut juga pasti akan tersenyum sama.

@awnsmrdn/Twitter
@awnsmrdn/Twitter

Raya tahun ini memang tidak sama dengan tahun-tahun sebelum ini memandangkan ramai yang tidak boleh pulang ke kampung. Namun, itu tidak bermakna kita perlu terus bersedih.

Jadi, tersenyum lah walau sekejap dan video lucu ini pasti akan buat anda tergelak. Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih daripada 600,000 kali di Twitter selepas pemilik video, @awnsmrdn memuat naik video tersebut di laman Twitter pada 1 Syawal lalu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI