25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaCuba sambung semula ekor cicak yang putus, gelagat selamba anak kecil ini...

Cuba sambung semula ekor cicak yang putus, gelagat selamba anak kecil ini pasti buat anda terkedu sendiri

Anak kecil punya rasa ingin tahu yang sangat tinggi, hal ini membuatkan kadangkala mereka hilang rasa takut atau geli pada sesuatu.

Mereka biasanya tidak faham apa yang mereka lihat membuatkan mereka mahu mencuba apa sahaja di hadapan mereka.

Facebook
Facebook

Buktinya, lihat sahaja gelagat selamba anak kecil yang bermain dengan seekor cicak yang muncul di depannya ini. Percaya atau tidak dia tanpa berfikir panjang terus memicit badan cicak tersebut sehingga cicak tersebut memutuskan ekornya.

Facebook
Facebook

Tidak hanya itu, si kecil itu tidak langsung menunjukkan riak geli atau takut. Dia malah mengambil ekor yang terputus tadi untuk disambungkan semula kepada cicak tersebut.

Apa yang lebih menarik, cicak itu juga nampaknya tidak takut dengan bayi comel itu. Dia terus berada di situ dan tidak melarikan diri.

Facebook

Mungkin dia menganggap itu adalah mainannya, jadi sedikit pun dia tidak takut atau geli malah boleh pula bermain dengan cicak tersebut.

Betul lah orang kata, anak-anak kecil memang mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI