26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKesihatanCOVID-19 : Sebilangan besar golongan muda adalah positif tanpa gejala

COVID-19 : Sebilangan besar golongan muda adalah positif tanpa gejala

Saringan besar-besaran COVID-19 anjuran negeri Selangor mendapati bahawa majoriti golongan berusia antara 20 hingga 40 tahun yang positif, tidak menunjukkan sebarang gejala.

Menurut Pengurus Selcare, Mohd Noor Md Nasir, sejak saringan kali pertama, pihaknya berjaya mengesan 80% pesakit yang tidak mempunyai sebarang gejala (asimptomatik).

Situasi itu menurutnya boleh menyebabkan perebakan virus lebih cepat dalam kalangan jika ianya tidak dikawal, memandangkan mereka bebas bergerak ke mana sahaja sebelum disaring.

New Straits Times

Tambah Mohd Noor, hanya sebilangan kecil sahaja pesakit COVID-19 berusia yang tidak menunjukkan sebarang gejala walaupun menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa ujian saringan itu akan dilakukan di 56 buah DUN di Selangor.

Kerajaan negeri difahamkan telah memperuntukkan sebanyak RM6 milion untuk tujuan saringan ini, disasarkan kepada 50,000 orang penduduk Selangor bermula 8 hingga 28 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Petugas Selangor untuk COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penemuan pemeriksaan Selcare menguatkan alasan untuk mempergiatkan saringan di peringkat awam.

“Bayangkan mereka ini berkeliaran menjangkiti orang lain kerana tidak ada petunjuk bahawa mereka positif COVID-19”, katanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI