24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaInspirasiCantik luar dan dalam! Gadis Vietnam nekad adopsi bayi hidap palsi serebrum,...

Cantik luar dan dalam! Gadis Vietnam nekad adopsi bayi hidap palsi serebrum, walau dicemuh warganet

Kita amat dituntut untuk berbuat baik sesama manusia, tanpa memandang pada latar belakang, rupa paras dan sebagainya.

Walaupun masih muda, gadis Vietnam bernama Pham Thanh Tam amat tertarik pada seorang bayi perempuan yang menghidap palsi serebrum dan memutuskan untuk membesarkannya.

HK News

Thanh Tam yang kini berusia 27 tahun, mula terlibat dengan banyak acara amal dimana dia gemar membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Oleh kerana memiliki paras rupa yang cantik, Thanh Tam sering mendapat perhatian warganet namun keputusannya untuk mengadopsi bayi tersebut menerima cemuhan.

HK News

Orang ramai mula ‘menyerang’ media sosialnya dengan persoalan dan kata-kata negatif. Pada mereka, tindakan Thanh Tam itu hanyalah untuk meraih publisiti murahan.

Ketika pertama kali melihat Thi Thuy Thi Nhi, bayi berusia 14 bulan itu bukan sahaja menghidap palsi serebrum, malah turut mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk, dengan berat hanya 3.5 kilogram.

Smart Parents 親子王/Facebook

Walaupun menerima banyak komen negatif, Thanh Tam mengabaikan semua itu dan menfokuskan kepada penjagaan bayi tersebut. Dia berusaha untuk menjadi seorang ibu yang baik.

Dia turut peka dengan kesihatan anaknya dan sering membawa Thi Nhi mendapatkan rawatan di hospital terbaik, tanpa mengira kos. Itulah kebahagiaan buatnya.

Apple Daily

Setelah beberapa tahun, Thi Nhi kini semakin ceria dan sihat. Tubuhnya tidak lagi kurus kering seperti sebelumnya. Apa yang penting, kanak-kanak itu kelihatan sangat gembira.

Kehadiran Thi Nhi bukan sahaja menyinari hidup Thanh Tam malah turut menceriakan hidup suami dan ibu kepada wanita berjiwa besar berkenaan.

HK News

Bersama-sama, mereka memberikan kebahagiaan, keperluan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak istimewa tersebut.

Ternyata, tindakan Thanh Tam mengadopsi Thi Nhi dan mengabaikan komen-komen negatif oleh orang lain adalah satu keputusan terbaik yang pernah dilakukannya.

Semoga mereka semua hidup bahagia hingga ke akhirnya..

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI