31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalSkuter elektrik tiba-tiba meletup di dalam lif di China

Skuter elektrik tiba-tiba meletup di dalam lif di China

Skuter elektrik kini semakin menjadi pilihan mod pengangkutan disebabkan ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit, petrol dan juga kos-kos lain seperti kenderaan bermotor.

Dijana menerusi elektrik, tenaga untuk skuter disimpan di dalam bateri yang boleh dicas semula dan ia sangat menjimatkan!

Foto hiasan/Pixabay

Namun satu tragedi menimpa penduduk di bandar Chengdu, China apabila sebuah skuter yang dibawa menaiki lif dilihat meletup dan terbakar secara tiba-tiba.

Berikut merupakan video insiden tersebut :

Radio Free Asia Chinese/Facebook

Kita dapat dilihat bahawa terdapat asap memenuhi ruang di dalam lif tersebut yang dipenuhi oleh beberapa penumpang yang lain.

Sebaik sahaja pintu lif hampir tutup sepenuhnya, asap menyelubungi ruang dan kemudian diikuti dengan percikan api.

Radio Free Asia Chinese/Facebook

Difahamkan bahawa kesemua penumpang di dalamnya itu tidak sempat keluar, termasuklah seorang bayi. Mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Radio Free Asia Chinese/Facebook

Skuter elektrik sebenarnya boleh meletup mahupun terbakar, yang boleh berpunca daripada kerosakan bateri ataupun kerosakan fungsi.

Foto hiasan/Pixabay

Selain itu, bateri skuter boleh meletup jika ia diperbuat daripada asid plumbum dan dicas secara berlebihan.

Justeru itu, jika anda berminat untuk mendapatkan skuter elektrik sebegini, fikir banyak kali ya. Pastikan anda tahu dan yakin akan model dan jenama yang anda beli.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI