26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaInspirasiKecil tapi 'garang'! Keberanian anak badak lindungi ibu yang dirawat, sentuh hati...

Kecil tapi ‘garang’! Keberanian anak badak lindungi ibu yang dirawat, sentuh hati warganet

Sudah menjadi lumrah buat semua ibu di dunia untuk melindungi anaknya. Begitu jugalah dengan haiwan seperti badak.

Ibu badak sememangnya merupakan ibu terbaik dalam kalangan haiwan di dunia! Ini kerana, walaupun mereka tegas dan sangat melindungi namun masih lagi lemah lembut dan sabar.

Foto hiasan/Pinterest

Dan nampaknya ciri tersebut turut diwarisi oleh seekor anak badak ini, yang bertindak melindungi ibunya yang tersayang.

Semuanya berlaku tatkala dua staf veterinar sedang merawat jari kaki ibu badak yang mengalami kecederaan. Anak badak itu pula tidak melihat manusia seperti sedang membantu ibunya..

The Dodo/YouTube

Dengan beraninya, anak badak itu bertindak menghampiri dan melanggar salah seorang daripada mereka. Ia mungkin mahu memberi amaran.

“Pergi daripada sini. Jangan ganggu ibu saya!”..

The Dodo/YouTube

Si anak juga setia menemani di sisi ibunya yang sedang menerima rawatan. “Adakah kamu semua orang jahat yang mahu apa-apakan ibu saya?”.

Walaupun masih lagi kecil, keberanian anak badak itu dalam melindungi dan memastikan keselamatan ibunya sangat dikagumi.

Sering kali kita lihat si ibu melindungi anak, namun kali ini terbukti bahawa anak haiwan juga ternyata begitu sayangkan ibunya.

The Dodo/YouTube

Anak badak itu akhirnya memahami bahawa ibunya sedang menerima rawatan dan dilihat duduk sahaja di sisi ibunya.

Tiada sesiapa yang dapat pisahkan ikatan erat antara ibu dan anaknya di alam liar bukan?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI