28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiJerung manja ‘berkawan rapat’ dengan manusia lebih 20 tahun. “Ia mengikuti ke...

Jerung manja ‘berkawan rapat’ dengan manusia lebih 20 tahun. “Ia mengikuti ke mana saja saya pergi..”

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah untuk kita berkawan sesama manusia dan juga terhadap sesetengah haiwan comel seperti kucing dan anjing bukan?

Namun lain pula dengan lelaki bernama Jim Abernethy ini, di mana dia cukup berani untuk ‘berkawan’ dengan seekor jerung selama lebih 20 tahun!

Jim Abernethy/Instagram

Sebagai seorang ahli biologi marin, Jim perlu kerap menyelam di lautan sekitar Bahamas untuk menjalankan kajian. Pada tahun 2000, dia menemui banyak jerung harimau.

Salah satunya adalah Emma, si jerung yang memiliki saiz tubuh yang agak besar. “Saya akan mendekatinya dan saban hari, Emma akan muncul dan berani mendekati saya”.

Pada suatu hari, Jim menyedari bahawa terdapat cangkuk ikan pada mulut Emma. Ianya sangat menyakitkan dan Jim kemudian menanggalkan cangkuk tersebut.

The Dodo/YouTube

Semenjak daripada itu, Emma seakan gembira dengan bantuan Jim dan akan membuat pusingan di sekeliling lelaki tersebut. Ia seperti mahu mengucapkan terima kasihnya.

Apabila Jim menyelam, Emma akan muncul dan menemani Jim. Malah Emma turut membenarkan Jim mengusap kepalanya. Manjanya!

Jim Abernethy/Instagram

Begitulah rutin Jim setiap hari apabila berjumpa dengan Emma. Jerung tersebut ternyata sangat mempercayai Jim. Menurut Jim, sebanyak 4 cangkuk ikan yang tersangkut di mulut Emma.

“Ia sangat mempercayai saya dan yakin bahawa saya tidak akan pernah menyakitinya. Ia akan ikut ke mana sahaja saya pergi”, ujar Jim.

Melihat kepada sikap manja yang ditonjolkan Emma, Jim berasakan bahawa jerung seperti Emma tidak ubah seperti anjing yang setia pada tuannya.

The Dodo/YouTube

Malah menurut Jim, jerung sangat jarang menyerang manusia dan jika ia berlaku, ia hanyalah disebabkan oleh kesilapan semata-mata.

Mengagumkan juga apabila Emma turut mengenali Jim walaupun Jim akan bertukar-tukar sut dan pakaian selaman.

Tonton video mereka :

The Dodo/YouTube

Jim juga merasakan bahawa dia sedang ‘membesarkan’ haiwan peliharaan bersaiz gergasi di lautan, namun apa yang penting, Emma tetap manja.

Persabahatan mereka ternyata luar biasa! Anda teringin mahukan jerung sebagai rakan baik seperti Jim dan Emma?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI