28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaBerita UtamaCara mudah keluarkan sisa serbuk perasa yang masih tertinggal pada botol

Cara mudah keluarkan sisa serbuk perasa yang masih tertinggal pada botol

Bagi yang sering memasak pastinya menggunakan pelbagai jenis serbuk perasa atau serbuk pewarna dalam masakan. Biasanya serbuk-serbuk itu diletakkan di dalam botol kecil untuk mudah digunakan dan disusun.

Namun, perkara yang paling tidak digemari ialah apabila terdapat saki baki serbuk di dalam botol yang sukar untuk dikeluarkan.

Twitter

Untuk mengatasi masalah tersebut, seorang netizen dari Jepun, @merompans ada berkongsi tentang satu ‘trick’ yang sangat mudah tetapi tidak diketahui ramai. Bagaimana caranya?

Caranya ialah dengan menggesek bahagian bawah botol serbuk perasa dengan botol yang lain dalam keadaan memutar.

Twitter

Selepas itu anda sudah boleh lihat hasilnya. Serbuk akan mudah dikeluarkan tetapi jika anda mengalami kesukaran, goncang sedikit botol tersebut.

Twitter

Anda boleh mengulang semula langkah tadi sehingga kesemua sisa serbuk di dalam botol dapat dikeluarkan.

Twitter

Jadi, selepas ini anda tidak perlu bersusah payah untuk menggoncang kuat atau mengetuk bekas serbuk perasa anda. Gunakan cara mudah ini dan kesemua sisa serbuk perasa akan keluar dengan mudah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI