32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaNasionalWarga emas bergelang kuarantin dikompaun RM5,000 kerana keluar rumah

Warga emas bergelang kuarantin dikompaun RM5,000 kerana keluar rumah

Di Raub, Pahang baru-baru ini, seorang warga emas lelaki berusia 73 tahun yang menjalani kuarantin di rumah telah didenda RM5,000 lantaran keluar daripada rumah untuk menikmati udara segar.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed, seramai 3 orang penduduk yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah didenda serta-merta.

Ini kerana, mereka didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Sinar Harian

“Jika tidak patuhi SOP, mereka berupaya menyebarkan virus jika didapati positif COVID-19”, katanya.

Pesalah pertama menurutnya, dikompaun kerana didapati bersiar-siar selepas memberikan alasan panas berada di rumah.

“Lelaki itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020”, tambahnya lagi.

Selain itu, dua lagi individu berusia 69 dan 52 tahun dikenakan kompaun RM2,000 seorang atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah.

Seramai 17 orang anggota polis telah dikerahkan untuk mengawasi kawasan Sungai Chalit, Sungai Klau dan Sungai Ruan bagi memastikan penduduk mematuhi arahan kuarantin oleh kerajaan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI