25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaPemandu BMW langgar petugas RELA di hadapan SMK Kota Kemuning, Shah Alam

Pemandu BMW langgar petugas RELA di hadapan SMK Kota Kemuning, Shah Alam

Awal minggu ini, seorang pemandu kereta jenis BMW telah melakukan cubaan melanggar seorang petugas RELA di hadapan sebuah sekolah di Shah Alam.

Menurut anggota RELA tersebut, S Janagan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.20 petang pada 5 Mei.

Pada ketika itu, dia sedang mengawasi lalu lintas di sepanjang Jalan Anggerik Doritis 31/143 berhampiran SMK Kota Kemuning.

Sewaktu itu, laluan telah diubah menjadi jalan sehala pada waktu puncak untuk keselamatan pelajar, seperti mana yang diarahkan oleh pengetua sekolah dan persatuan penduduk.

Pemandu terbabit pada mulanya dilihat tidak mengendahkan arahan untuk berhenti seketika dan bertindak melalui laluan tersebut.

Janagan cuba untuk menghentikannya namun pemandu tersebut enggan mendengar arahan.

 Malah pemandu terbabit tetap meneruskan pemanduan sekalipun terdapat Janagan dihadapan dan sedang menahan keretanya daripada bergerak.

Janagan kemudian telah melaporkan kejadian ini kepada pihak polis, menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib.

“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini untuk dirakamkan keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan”, kata Baharudin.

Berikut video penuh kejadian tersebut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI