34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaCOVID-19 : Polis kesan pesakit larikan diri dari hospital di Sungai Petani,...

COVID-19 : Polis kesan pesakit larikan diri dari hospital di Sungai Petani, Kedah

Baru-baru ini, pesakit COVID-19 telah bertindak berani dengan melarikan diri daripada daripada Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH), Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pada 5 Mei berkata, pihak polis sedang dalam usaha untuk mengesan pesakit lelaki berkenaan.

Difahamkan bahawa pesakit 39 tahun itu sedang menjalani tempoh kuarantin pada hari ke-6 selepas disahkan positif.

Bernama

Jururawad di wad B1 hanya menyedari kehilangannya pada jam 8:45 pagi selepas mendapati pesakit itu tiada di katilnya dan kemudian terus menghubungi polis.

Pesakit lain turut memberitahu bahawa lelaki itu juga membawa beg dan barangan miliknya ketika keluar sekitar jam 6:30 pagi.

“Sepasukan petugas kemudiannya dikejarkan ke alamat rumah pesakit iaitu di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang namun dia tiada di rumah”, jelas Adzli.

Pesakit yang telah dimasukkan ke wad pada 49 April itu dipercayai telah mendapatkan rawatan untuk melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.

Foto hiasan/Reuters

“Namun hasil ujian swab yang dilakukan mendapati dia positif COVID-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin di hospital”.

Kes itu menurutnya disiasat di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Susulan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat mengenal pasti kontak rapatnya memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

“Pihak KKM juga sudah dimaklumkan untuk mengesan lelaki tersebut dan jika ditemui, kita (PDRM) akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut”, akhirinya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI