Rezeki tidak pernah tersalah alamat bukan?
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Shandong, China cukup bertuah kerana memperolehi rezeki terpijak!
Ini kerana setelah membawa pulang sofa terbiar di tepi jalan, dia mendapati bahawa terdapat wang tunai, emas dan slip simpanan pada sofa terbabit.
Menurut sumber, lelaki itu pada mulanya perasan akan sofa tersebut, yang dibiarkan berpanas dan berhujan di tepi jalan.
Dia yang juga merupakan pemilik perniagaan kemudiannya berasa bahawa kayu pada sofa tersebut masih boleh digunakan dan memutuskan untuk membawanya pulang.
Kemudian, pada 1 Mei lalu dia mahu meleraikan bahagian sofa tersebut menggunakan beberapa peralatan.
Dengan tidak disangka-sangka, dia mendapati terdapat satu beg berisi wang tunai, ketulan emas dan juga slip simpanan sebaik sahaja sofa itu dileraikan.
Sungguhpun begitu, lelaki tersebut bertindak meminta bantuan abangnya untuk mencari pemilik wang tunai, emas dan slip tersebut.
“Ia bukan milik kita, jadi kita tidak boleh mengambilnya”, kata lelaki tersebut. Betapa jujur dan murninya hati lelaki itu.
Semoga ada rezeki lain untuknya kelak!