28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaEnam daerah di Selangor dikenakan PKP bermula 6 Mei

Enam daerah di Selangor dikenakan PKP bermula 6 Mei

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 hingga 17 Mei 2021.

Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah dikenakan PKP di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Pengecualian rentas daerah dan negeri di kawasan PKP ini hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti kes kematian. 

@MKNJPM/Twitter

“Menteri Besar Amirudin Shari dan MKN Selangor telah membentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP,” katanya dalam sidang media harian COVID -19.

Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan PKP dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.

“Maka MKN bersetuju melaksanakan PKP atas 6 dari 9 daerah di Selangor; Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula pada 6 ke 17 Mei,” katanya.

Menjelas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata kegiatan ekonomi masih dibenarkan di daerah ini, yang akan dikawal pergerakan bermula 7 Mei hingga 17 Mei.

“Kegiatan sosial tidak dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangkan daerah-daerah di Selangor ini melaporkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Tiga daerah selebihnya iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor akan terus diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI