Sekiranya anda mempunyai kucing betina di rumah anda, anda akan mendapati bahawa beberapa kucing betina yang melahirkan anak akan memberikan anak-anak mereka kepada tuan mereka. Anda rasa apakah sebab mereka melakukannya?
Ketika ibu kucing melahirkan anak, mereka memiliki sikap melindungi yang sangat tinggi. Mereka terkadang tidak membenarkan sesiapa mendekati anak-anak kecil yang baru lahir.
Namun, selepas itu mereka mula membenarkan anak mereka didekati dan ada yang mahu anak-anak mereka dijaga oleh tuan mereka. Berikut ada beberapa sebab mengapa mereka melakukan hal yang sedemikian:
- Letih menjaga anak kecil
Sebilangan ibu kucing merasa sangat letih dengan memiliki anak. Tambahan lagi, anak kucing suka berpaut pada ibu mereka dan hal ini membuatkan ibu kucing bosan dengan anak mereka sendiri. Apabila ibu kucing tidak tahan dengan gangguan anaknya, mereka akan memberikan anak mereka kepada tuan mereka.
- Percayakan tuan mereka
Ibu kucing sangat melindungi anak-anaknya. Jadi, jika ibu kucing mula menyerahkan anaknya kepada tuan mereka untuk dijaga ini menunjukkan bahawa dia mempercayai tuan mereka.
- Ibu kucing ingin berhenti menyusui anak
Sebilangan kucing betina akan memberikan anak kucingnya kepada pemiliknya setelah menyusukan anak mereka selama 1 hingga 2 bulan. Selepas itu, ibu kucing akan memberikan anak mereka supaya dia boleh berhenti menyusukan anak mereka. Terkadang mereka menyerahkan anak mereka kerana mahu mengasingkan diri mereka.
4. Kucing betina berkongsi “kegembiraan” dengan tuannya
Apabila kucing sangat menyayangi tuan yang menjaga, mereka mahu berkongsi perkara yang mereka sayangi dengan tuan mereka. Oleh itu, apabila kucing betina melahirkan anak, dia tidak sabar untuk menunjukkan kepada tuan mereka.
5. Keupayaan yang terbatas
Kucing ibu biasanya akan melahirkan anak yang banyak. Dia tahu bahawa dia tidak dapat memberi makan dan minuman buat anaknya sendiri. Hal ini membuatkan ibu kucing berasa bimbang. Jadi, mereka akan menyerahkan anak mereka kepada tuan mereka untuk dijaga. Mereka mahu memastikan anak mereka sentiasa selamat.