28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaHujan lebat akibatkan jalan mendap, rosak di Bangsar

Hujan lebat akibatkan jalan mendap, rosak di Bangsar

Hujan lebat serta ribut petir sejak petang 1 Mei lalu telah mengakibatkan mendapan dan kerosakan yang teruk di Jalan Maarof, Bangsar.

Mendapan dan kerosakan pada jalan terbabit dianggarkan sepanjang 200 hingga 300 meter, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai,  Fahmi Fadzil di Twitter mengatakan bahawa jalan itu berkemungkinan rosak disebabkan oleh limpahan air di bawah permukaan jalan.

Fahmi turut berkata bahawa kerosakan yang berlaku agak teruk sehingga menyebabkan dinding longkang jatuh.

Ujar beliau lagi, kerja-kerja baik pulih dan siasatan mengenai punca sebenar kejadian akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pihak unit kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah diarahkan olehnya untuk berada di lokasi kejadian.

Dilaporkan juga bahawa jalan tersebut akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Justeru, pengguna dinasihati untuk menggunakan jalan alternatif.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI