28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaGempa bumi sekuat 6.8 skala Ritcher gegarkan kawasan timur laut Jepun

Gempa bumi sekuat 6.8 skala Ritcher gegarkan kawasan timur laut Jepun

TOKYO – Gempa bumi berkekuatan 6.8 skala Richter telah melanda kawasan timur laut Jepun pada 1 Mei 2021. Namun begitu, tiada amaran tsunami yang dikeluarkan, kata pihak berkuasa Jepun dan A.S. Selain itu tiada laporan mengenai kerosakan dibuat.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa itu melanda pada kedalaman 47 kilometer di Pasifik, Ishinomaki, di wilayah Miyagi – berdekatan pusat gempa pada 2011 yang mencetuskan tsunami dan lebih 18,000 orang terkorban.

eartquaketrack

Badan USGS dan Meteorologi mengatakan tidak ada risiko tsunami berikutan goncangan, yang menghasilkan gegaran kuat di beberapa bahagian pantai timur dan juga terasa di Tokyo.

Pegawai di Aomori, Fukushima dan Iwate mengatakan tidak ada korban jiwa yang dilaporkan dan jabatan penyiaran awam NHK mengatakan tidak ada laporan mengenai kerosakan diterima.

Namun begitu, dalam masa yang sama seorang pegawai di Agensi Meteorologi memberi amaran bahawa gempa susulan yang kuat mungkin melanda wilayah itu dalam waktu sekitar seminggu. Menurutnya lagi, cuaca buruk dijangka boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

Dua orang bagaimanapun dilaporkan mengalami cedera ringan setelah terdapat kejadian tingkap pecah di sebuah stesen di Onagawa, Miyagi, kata NHK.

“Kami mengetahui berita itu tetapi masih mengumpul informasi,” kata Kazuto Takeda, seorang pegawai di pejabat pengurusan bencana daerah.

NHK juga mengatakan seorang wanita berusia 80-an dirawat di hospital setelah dia jatuh di sebuah pasar raya di Fukushima.

Beberapa bahagian lebuh raya dan perkhidmatan kereta api, termasuk yang ada di Tohoku Shinkansen Line terpaksa ditangguhkan berikutan gempa itu, yang juga dirasakan di Tokyo.

Tokyo Electric Power Co. Holdings sedang memeriksa apakah ada ketaksekataan di loji tenaga nuklearnya di Fukushima, menurut NHK. Tohoku Electric Power Co. walau bagaimanapun tidak menemui perubahan pada loji nuklear Onagawa, Higashidori.

Jepun terletak di “Ring of Fire” Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti seismik yang kuat terletak di Asia Tenggara dan melintasi lembah Pasifik.

Negara tersebut sering dilanda gempa, dan memiliki peraturan konstruksi yang ketat yang bertujuan untuk memastikan bangunan dapat menahan gegaran kuat.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI