Mana-mana haiwan peliharaan biasanya akan mengeluarkan bunyi jika mereka mahukan sesuatu. Tidak kiralah apa yang mereka mahu- makanan, mainan atau mungkin sekadar mahu meraih perhatian, mereka biasanya akan berbunyi.
Namun, bagaimana pula jika tuan mereka pekak dan tidak boleh mendengar? Bagaimana mereka mahu memberitahu tuan mereka apa yang mereka mahukan?
Kucing dalam video ini sangat bijak apabila dia menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan tuannya yang pekak. Ia menunjukkan mulutnya seolah-olah mahukan makan. Apabila makanan yang diberikan sudah habis dia terus mencuit tuannya semula dan sekali lagi memberi isyarat yang dia mahukan makanan.
“Apa yang sedang kamu makan? Saya juga mahu makan…”
“Ikuti apa yang saya lakukan… Saya mahu kamu masukkan makanan ke dalam mulut saya seperti ini…”
“Ya, kamu faham apa yang saya mahukan. Akhirnya dapat juga saya makan…”
Lihatlah telatah comelnya di dalam video di bawah. Anda pasti akan kagum dengan kepintarannya menggunakan bahasa isyarat!