30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaBerita UtamaBayi kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat dilahirkan menerusi pembedahan

Bayi kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat dilahirkan menerusi pembedahan

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6:21 pagi pada 19 April.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi akaun Instagramnya, di mana bayi lelakinya seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.

Beliau dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Dalam pada itu, beliau turut berkongsi video di Instagram yang menunjukkan saat manis sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Bahkan, ia cukup istimewa memandangkan video tersebut menampilkan lagu khas ciptaannya, ‘Anakanda’ buat cahaya mata kedua beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Dalam pada itu, suami beliau turut melahirkan rasa syukur ekoran isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar”, katanya.

Terima kasih turut dizahirkan beliau dan suami kepada doktor dan jururawat diketuai oleh Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang memberikan khidmat terbaik sepanjang proses kelahiran.

Selain itu, mereka turut berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr Colin Lee Soon Soo yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) beliau pada kehamilan pertama dan juga kedua.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT”, tulisnya.

Tahniah diucapkan kepada beliau dan suami, serta Siti Aafiyah atas penambahan ahli baru keluarga!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI