Didikan ibu bapa adalah perkara paling penting dalam mencorakkan peribadi seseorang ketika mereka membesar. Jika baik acuannya, maka baiklah peribadinya.
Seperti kisah yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan murid bukan Muslim ketika waktu rehat di bulan Ramadan.
Menurut seorang lelaki yang menggunakan nama Syafiq Izwan Kassim, dia membenarkan agar pelajar bukan Muslim untuk makan sahaja seperti biasa.
“Saya arahkan, pelajar non-Muslim boleh keluarkan makanan dan makan seperti biasa”, tulisnya. Seperti biasa, mereka akan mengeluarkan bekal di atas meja dan mula makan.

Tetapi lain pula bagi seorang murid ini yang menunjukkan hormatnya pada rakan-rakan Muslim yang sedang berpuasa.
Murid terbabit sebaik mungkin cuba untuk makan tanpa mengganggu perhatian rakan-rakan di sekitarnya.
Walaupun masih lagi kanak-kanak, murid terbabit boleh berfikir dengan baik malah beradab pula dengan orang lain.
Inilah contoh dan hasil didikan yang hebat. Ibu bapanya pasti berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh anaknya itu bukan?
Namun demikian, kita sebagai Muslim juga harus menghormati orang lain apatah lagi rakan-rakan bukan Muslim yang sepatutnya makan pada ketika itu.
Berpuasa bukan tiket untuk kita minta dihormati, bahkan kita juga perlu menghormati orang lain.
Jika ada sikap toleransi sebegini sesama kita, alangkah amannya dunia..