Bukan mudah untuk kita sebagai manusia membiasakan diri dengan orang dan persekitaran yang baru. Begitu juga dengan kucing sebenarnya.
Ini kerana, kucing agak takut dengan orang asing yang tidak biasa dilihatnya. Dek kerana kurang pendedahan dengan individu terbabit, maka mereka tidak seberapa gembira dengan orang itu.
Itulah yang berlaku pada seekor kucing ini, di mana reaksinya pada seorang ahli keluarga yang baru. Perasaannya jelas terpampang pada air mukanya.
Anda lihatlah sendiri :
Omg that FACE pic.twitter.com/wwjFThT9YB
— Tiktok FYP (@My_tiktokViral) April 13, 2021
@My_tiktokViral/Twitter
Menurut info, individu yang berkongsi video terbabit menjelaskan bahawa dia dan isterinya baru-baru ini telah menerima kehadiran cahaya mata.
Dan jelas sekali, kucing mereka tidak begitu gembira dengan bayi pemiliknya. Walaupun bayi tersebut cuba bermesra dan menyentuhnya, kucing itu hanya menjeling sahaja.
@My_tiktokViral/Twitter
Bukan main jeling kucing itu ya. Ataupun kucing itu menyedari bahawa kasih sayang untuknya perlu dibahagikan? Atau mungkin kucing itu rasa cemburu?
@My_tiktokViral/Twitter
Oleh itu sebagai pemilik kucing, kita perlu memperkenalkan kedua-dua bayi dan kucing dengan selamat.
Mungkin proses untuk kedua-duanya menyesuaikan diri sesama mereka agak memakan masa. Semoga berjayalah buat mereka berdua!