25 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaKren tumbang di SUKE : 3 pekerja warga China maut, seorang rakyat...

Kren tumbang di SUKE : 3 pekerja warga China maut, seorang rakyat tempatan parah

Sekali lagi insiden melibatkan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berlaku apabila struktur kren tumbang di Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Insiden ini turut disahkan oleh pihak pemaju SUKE.

Twitter

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8:45 pagi.

Sehubungan itu, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, anggota penyelamat mendapati terdapat struktur besi ‘crane launcher’ pembinaan lebuh raya telah jatuh ke bawah.

Twitter

Besi kren juga telah menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza, menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, sejumlah tiga orang pekerja pembinaan warga China dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran insiden itu.

Pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI