25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 23, 2021
Utama Berita Utama AEON tarik semula telur tercemar dengan bakteria SE

AEON tarik semula telur tercemar dengan bakteria SE

PETALING JAYA – Rangkaian pasar raya AEON dikhabarkan telah menarik balik telur yang dicemari dengan bakteria Salmonella Enteritidis (SE). Bakteria tersebut dikatakan boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti akan mengalami demam, kekejangan perut dan cirit-birit.

Facebook

Telur yang terjejas dikatakan berasal dari syarikat Linggi Agriculture Sdn Bhd yang mempunyai cop “CEM014”.

Baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura berkata pihaknya mengarahkan empat pengimport supaya menarik kembali produk tersebut. Hal ini terpaksa dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Oleh hal yang demikian pihak AEON telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Facebook mereka berkenaan penarikan semula telur tersebut.

TheStraitsTimes

“AEON ingin memberitahu bahawa kami menarik semula sekumpulan telur serupa yang dapat dikenali dengan cop ‘CEM014’ dari rak pasar raya kami.

“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” ujar kenyataan tersebut.

Selain itu, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor 1300-80-2366 atau boleh juga menghantar e-mel kepada [email protected]

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI